Kawan2Ku

12 Disember 2013

Tentang Cuti : Cemburukah Aku?

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Disember 12, 2013

Tadi sebelum balik aku sempat apply cuti melalui sistem hrmis... aku mintak sehari je, pada 18hb dec sebab aku nak bawa baby Arissa appointment klinik kesihatan... tapi hujung bulan in shaa Allah aku nak ambil cuti lama sikit sampai awal tahun untuk settlekan persekolahan Ainul Mardhiah....

 Bercerita tentang cuti, kadang kadang aku sedikit terguris... bukan niat nak salahkan sesiapa tapi itulah realiti yang aku hadapi sekarang... tengok orang lain macam senang je nak cuti... macam senang je nak half day... macam senang je nak masuk lewat... macam senang je nak balik awal walaupun pagi dah masuk lewat... tapi bila aku? macam macam soalan ditanya... cuma Alhamdulillah sekarang bila kak sariha dah duduk sekali dengan kami, dia lebih bertoleransi la kalau bab emergency ni...Aku ingat lagi ada sekali tu, aku betul2 tak larat bila bangun pagi..  kepala berdenyut2 macam nak pecah... bila sms bagitahu aku nak amik EL, aku dinasihatkan supaya pergi klinik dan dapatkan MC... siap dapat nasihat lagi,lepas ni jangan buat lagi.. ermmm... siapalah agaknya yang mintak didatangkan penyakit ni.. kalau boleh memang taknak pun... tapi masa aku dipersoalkan dengan macam2 soalan, masa tu memang aku cuba bangun untuk bersiap pergi juga ke opis walaupun tak larat dan jam pun dah pukul 8 lebih... bila aku pegi klinik, doktor bagi aku 2 hari mc... legaaaaa walaupun duit melayang pergi klinik swasta... sebab tu seboleh bolehnya aku nak ambil EL, bukan MC... tapi apakan daya...

Dan yang terbaru yang buatkan aku rasa terkilan dan terasa hati sangat2 sampai ke hari ni... 25/10 yang lepas adik aku nikah... 26/10 hari bersanding... aku cuma minta cuti 2 hari jer... iaitu 24 dan 25hb (sebab 26hb tu sabtu memang dah cuti).. so aku minta cuti khamis dan jumaat... malangnya cuti aku diluluskan cuma sehari je, iaitu hari jumaat... alasan: Kontijen Selangor cuti dibekukan start 15 Sept hingga 15 Dis.... ok aku cuba positifkan diri untuk terima hakikat cuti beku.. dapat cuti sehari pun dah syukur... aku bagitahu mak, mak kata tak apa... nak buat macamana tak dapat cuti... tapi bila aku balik kampung teruk aku kena perli dengan makcik2 yang datang rewang kat rumah... hari adik nikah baru nak balik.. aku bukan tak nak balik hari khamis lepas kerja tapi aku tak berani nak drive waktu dah lewat petang... takut berlaku apa2 tengah jalan... dah la bawak baby... asben aku balik naik kereta dia lepas habis keje jumaat tengahari... so aku gerak dulu seawal pagi bersama anak2...

Ok tu cerita aku yang minta 2 hari cuti tapi lulus sehari je tapi aku rasa macam nak nangis bila kawan yang sama2 jawatan dengan aku dapat cuti seminggu sebab adik dia kawin minggu ni... aku tak marah kat dia sebab dia dah cakap hari tu, dia cuba je kut2 lepas... cuma aku rasa sedikit terkilan, kenapa masa aku cuma mintak 2 hari je tapi tak lepas walhal cuti masih lagi beku... mungkin nasib dia baik dan nasib aku kurang baik...mungkin...

 Lepas ni jangan marah kalau aku jeles pada mereka yang senang bolos dan tiada tindakan diambil... jangan bising kalau aku lantang bersuara... juga jangan salahkan aku andai aku pun nanti akan jadi seperti mereka..

 p/s buat Linie : i tak salahkan you tau... hahahahahahh




T A M M A T




















0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea