Kawan2Ku

18 Januari 2014

Kenduri Kawin Anak Sepupu

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Januari 18, 2014
Assalamualaikum wbt...

Hari ni dapat jumpa mak ngan abah kat majlis kenduri kawin anak sepupu aku kat Putrajaya.. masa aku balik kampung hujung bulan 12 aritu, awal2 lagi abah dah pesan, nanti kenduri anak abang Nasir jangan lupa pergi...  hahaha... abah macam tau2 je yang aku ni kalau tak disuruh memang malas nak pergi kenduri kawin sedara... bukan apa.. nanti mesti sedara mara akan kata 'Dalia... apsal makin comel ni???'... tu yang buat aku malas nak jumpa diorang lebih2 lagi yang dah lama tak tengok aku... hahahhaah!

 Macam abang Nasir dengan isteri dia, kali terakhir aku jumpa tahun 2009 kat Hospital Tawakal masa dia datang melawat abah kat sana. Itupun dua hari sebelum dia berlepas ke Venuzuela, bertugas kat kedutaan Msia kat sana. Ni pun baru 3 bulan balik Msia... Anak dia yang kawin ni pun aku tak kenal sangat, masa kecik2 dulu pernah nampak keluar kat tv rancangan hari raya salam dari perantauan. Masa tu abg Nasir kat kedutaan Msia di Myanmar kalau tak salah aku. Sebelum tu kat US.. anak bongsu dia pun lahir kat US.. Balik Msia 3 tahun lepas tu kena hantar ke Jakarta pulak sebelum ke Venuzuela.. bak kata mak long aku  pulak tadi, lepas ni tak tahu la nak kena bertugas kat mana pulak sebab memang tu tugas dia sampai la pencen. Kerja kat negara orang. Sebab tu la aku tak rapat sangat dengan dia... jarang jumpa... tapi syok jugak jadi dia, dapat tengok banyak negara. Tak macam aku, otak tak berkembang... badan jer yang makin kembang.... isk isk..

Ada gambar sekeping je ni... itupun ambik dari jauh...


 Balik dari kenduri, terus pergi Jalan TAR, KL... bukan beli apa pun, tempah name tag PERKEP kat kedai depan SOGO... maklumlah.. minggu depan dah nak mesyuarat agung.. hehehe... (sempat gak menyinggah beli makan kat pasar malam tu)

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea