Kawan2Ku

18 Januari 2014

Nak Bercuti... Jom Bercuti!

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Januari 18, 2014

Macam dah lama jer tak pergi bercuti.. bercuti yang betul2 bercuti... bestnya... tapi nak pergi mana ek? Kalau ikutkan hati, teringin sangat nak pergi korea... kalau ada geng ramai2 pergi syok juga.. takderlah takut sangat... Nak pegi Jeju Island lokasi dalam drama My Girl tu dengan Nami Island, lokasi drama Winter Sonata tu... cantiknya tempat tu.... (kan best kalau ada orang sponsor) hahahaha berangan lebih!

Vietnam pun aku tak pernah pergi dan teringin nak pergi shopping kat sana... katanya kain kat sana murah2... ada rezeki lebih memang sampai le kesana nanti... In Shaa Allah...

Kalau boleh aku nak pergi Bandung sekali lagi... ada satu tempat yang aku rindu... rindu nak makan sirloin steak yang aku rasa paling sedap aku pernah makan. yummmmyyy! sedapnya....

Jakarta? Mungkin tidak... seriau aku mengenangkan keadaan jalanraya yang macet banget (jem)...lagipun kak zura dan abg syed pun dah balik M'sia.. tak duduk sana lagi so dah tak adalah tempat penginapan free untuk kami... agegegegege!

Lagi satu, teringin nak pergi China. Shopping barang2 murah kat sana pastu bisnes kat sini.. pehhhhh berangan... macamlah ada modal.. hehehe... eh tapi syok jugak.. tengok diorang beli fesyen eksesori kat sana pastu balik sini letak brand sendiri jual harga berkali ganda dari kos... masyukkkkk!

Paris? Sangat teringin nak bergambar kat puncak Eifel Tower tu.. peh! sambil menikmati pemandangan kota Paris bersama kekasih hati juga permata hati.. hahahhaah.. abang aku nan seorang tu walaupun dah banyak kali jejak kaki ke Paris (sebab dulu dia kerja sebulan Msia sebulan Mauritania selama berapa tahun. setiap kali perjalanan akan transit di Paris) tapi sekali pun dia tak pernah naik ke puncak Eifel Tower tu... rugi... rugi.. aku pulak yang ralat. Setakat bergambar kat bawah tu dan beli souvenir baik tak payah. hahahahha.. (gelak jahat)


Kalau kat Msia ni aku teringin nak pergi Pulau Pangkor. Sian aku kan tak pernah jejakkan kaki ke sana.. isk isk.. kalau yak dapat ke Pangkor dapat pergi mana2 pulau pun best jugak... tapi entah bilalah nak perginya.. haishhhhhh!


Dan...Alangkah bahagianya kalau dapat jejakkan kaki ke tanah suci Mekah... percutian paling menenangkan. Mudah mudahan Allah limpahkan rezeki buatku agar aku dapat menjejakkan kaki ke sana.. In shaa Allah... Amin....

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea