Kawan2Ku

15 Ogos 2014

Bahasa Arab

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014
Assalamualaikum wbt...

Lama dah tak belajar Bahasa Arab. Dulu belajar zaman sekolah, memang langsung tak ingat dah sekarang. Terasa berada dalam kerugian pulak. Bertahun belajar arab, tapi tak dapat kuasai. Malu pulak pada kawan kawan yang dah jadi Ustaz / Ustazah... ada tu sambung belajar sampai ke Mesir, dan bergelar Kadi Daerah dan lain2.

Aku? Macam tu jugak la... Degil. Nakal. Yerla.. dulu guru besar Sekolah Agama tu dari aku darjah satu sampai darjah khas, orang yang sama iaitu sepupu mak aku yang dikira pakcik sepupu aku... Bila dah sedara jadi guru besar, mengada ngada lebih la... tapi kena rajin la, kalau tak, malu la tak lulus periksa... hehehee

Tapi aku percaya, rakyat Johor yang bersekolah agama mesti tau maksud perkataan arab ni.. "Jumjumaton"... yang ni memang aku ingat sangat sampai sekarang walaupun aku belajar perkataan ni masa sekolah agama darjah satu. Dan Ustazah yang mengajar aku bahasa arab tahun 1 ialah Ustazah Arbaiyah yang cantik comel.

Rasa macam nak belajar semula Bahasa Arab ni kalau ada kelas kat area sini. Rasanya kalau belajar semula, mesti boleh keluarkan semula memori lama dan kita gabungkan dengan memori baru.. jangan biarkan ia terus hilang dari memori... rugi sangat.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea