Kawan2Ku

31 Ogos 2014

Merdeka 57

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Ogos 31, 2014
Assalamualaikum wbt.... 

Selamat Hari Merdeka yang ke 57. Hari ni pagi2 lagi lepas Subuh aku dah pesan kat Ainul jangan sambung tidur sebab mama nak Ainul sama sama mama saksikan acara sambutan Hari Kemerdekaan Ke 57 kat tv. Biar dia rasa macamana bangganya kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup aman damai sejak sekian lama... aku dulu memang setiap tahun akan keluar sambut Hari Kemerdekaan di Dataran Segamat. Dari zaman sekolah hinggalah ketika melanjutkan pelajaran di Uitm Segamat. Ingat lagi kata kata pakcik driver van uitm yang bawa kami ke Bandar Segamat ;-

"Aku tengok setiap tahun korang bertiga je yang awal2 pagi 31Ogos dah tunggu kat sini nak pergi dataran... yang lain2 mana?"

hehehe... memang la kami ni bersemangat waja.. patriotik sungguh. setahun sekali la pun... semenjak ada anak memang jarang dah sambut hari kemerdekaan di padang. cukuplah hanya didepan tv. tunggu anak2 besar skit, In Shaa Allah akan aku angkut masing2 ke dataran. Merasai semangat kemerdekaan. 

Apa yang dikhuatirkan, Hari Kemerdekaan yang kebanyakan orang faham sekarang tidak lebih dari cuti umum satu hari. 

Sedih!








0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea