Kawan2Ku

04 September 2014

Day 2 : 5 Cara Memenangi Hati Aku

Posted by Dalia Hassan at Khamis, September 04, 2014

Ok. Hari ke 2 punya cabaran adalah menulis entry berkenaan 5 cara memenangi hati aku... 


Oleh sebab aku ni jenis yang lembut hati, mudah je kalau nak memenangi hati aku..

1) Sentiasa ambik berat. Aku ni kalau ada orang yang ambik berat pasal aku, tanya aku dah makan ker? aku ok ker? aku sihat ker? atau soalan soalan yang sewaktu dengannya, dah cukup membuatkan hati aku cair dan terharu.. 

2) Belanja makan. Hahaha.. aku kan kuat makan... kiranya kalau belanja aku makan tu dah kira berjaya memenangi hati aku la tu.. betuuullll tak tipuuuu.. so anda, anda, anda dan anda... bila nak belanja saya makan? hahaha!

3) Terus terang. Mungkin terus terang tu kadangkala menyakitkan hati, tapi aku suka orang yang berterus terang. Sekurang kurangnya dia jujur dan tak cakap belakang... :)

4) Bagi aku sejambak bunga.. confirm aku cair. hahahaha! senget!

5) Nyanyi. Ataupun tuju lagu kat aku.. memang terbuai buai mendengarnya... ahhhh! gediknya rasa.. memang anda telah berjaya memenangi hati ini. auwwwww! (sambil buat muka gatal)

Ha.. berakhir sudah cabaran hari kedua. Mari kita teruskan berlari mengejar hari ke 3. lalalalalala!


30 Days Blogs Challenge



0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea