Kawan2Ku

28 September 2014

Day 28 : Andainya.....

Posted by Dalia Hassan at Ahad, September 28, 2014
Assalamualaikum wbt...


Semenjak dua menjak ni sibuk la sangat2.. cabaran ni pun kadang2 memang tak sempat nak buat... kalau buat pun ringkas seringkas ringkasnya... hehehe... okla kan.. yang penting aku berusaha untuk sempurnakan cabaran ni...


  • Andainya aku tak join cabaran ni, memang makin bersawang la blog aku ni.. haha! Rasanya bulan ni la yang aku paling banyak menulis entry... Alhamdulillah... boleh rupanya...


  • Andainya ku bisa putarkan saat waktu, ku cuba perbetulkan segala kesilapan lalu.. (eh eh! macam lirik lagu jer) hahaha! kalau boleh aku nak kembali ke zaman remaja...


  • Andainya aku diberi kuasa luar biasa untuk membaca isi hati orang... alangkah bagusnya agar aku dapat kenal yang mana kawan yang mana lawan... tapi sayangnya aku tidak punyai kuasa itu! (banyak tengok kartun ni)


  • Andainya aku bisa memilih.... (oh! biarlah rahsia)


  • Andainya esok aku pergi menghadap Ilahi, sedekahkanlah aku dengan surah Al Fatihah... Sampaikanlah salam peluk cium buat kedua anakandaku Ainul Mardhiah dan Arissa Qaisara... sesungguhnya bonda amat menyayangi kalian dengan sepenuh hati bonda...


Sekian

30 Days Blogs Challenge


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea