Kawan2Ku

04 September 2014

Day 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Aku

Posted by Dalia Hassan at Khamis, September 04, 2014

Ok. Seterusnya cabaran hari ke tiga...


Sesuatu yang menguatkan aku...

Apa ya?

Yang pasti keluarga aku adalah kekuatan utama bagi diri aku. Aku yakin, korang pun sama, kan? Keluarga lah yang menjadi kekuatan kita untuk meneruskan hidup... Suami. Anak-anak. Mak abah. Adik beradik. Semuanya.. tanpa mereka, hilanglah sumber kekuatan diri ini. Tanpa mereka, tempanglah aku. Tanpa mereka, tak sempurna hidup aku. Merekalah segalanya-galanya dalam hidup aku.. isk isk.. sedih plak rasa.. tetiba.. huwaaaaaaa nak balik kampung jumpa mak abah!!!!

Selain dari tu, kata-kata semangat dari kawan2 dan keluarga juga mampu memberikan aku kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup. Mampu memberikan motivasi yang tinggi dalam diri aku..memberikan aku kekuatan yang sukar digambarkan. Buat mereka mereka yang pernah bersama sama aku mengharungi susah payah perit getir, sanggup mendengar setiap permasalahan aku, sanggup menangis bersama, ketawa bersama.. yang memberi dorongan untuk aku dikala aku memerlukan... terima kasih daun keladi. budi korang ku bawa hingga kemati....

Okay...
Cabaran masih ada... kejar.... kejar... satu lagi untuk hari ni. Habiskan 4 cabaran sekaligus... ngeeeeeee!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea