Kawan2Ku

09 September 2014

Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Aku

Posted by Dalia Hassan at Selasa, September 09, 2014
Assalamulaikum wbt...

Cabaran ke 9, hari ke 9 : 5 lelaki yang menarik perhatian aku...

Yang ni pun kira aku nak bagi jawapan selamat la.. hahaha.. Mereka semua ni adalah orang yang terdekat dengan aku. Persamaan mereka semua adalah kesemua mereka ni tak merokok.

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari‬


check it out!

1) En. Suhaimi Bin Bujang a.k.a en asben menarik tertarik kau memang da boom! tapi sakan bergambar dengan Marilyn Monroe celup tu, sikit lagi nak kena boom dengan aku! haha! Luv u!

entah bila la aku berubah jadi Marilyn Monroe ni? Konon2 hepi famili la ni??? (Jeles hokayyyy)


2. Hj. Hassan Bin Hj. Mohamad a.k.a my abah... Lelaki paling hensem dan ohsem aku pernah jumpa. Sayangggggg abah!

tengok tu tengok tu... ensem kan abah saya...

oh! kalau rasa2 data plan tu banyak lebih, sudi2 kanlah tengok yutiup yang kita buat untuk abah kita sempena hari bapa aritu.. simple je tapi amat bermakna...


3. Hj. Bujang Bin Menal a.k.a my abah mertua yang sporting, sentiasa bertolak ansur, kelakar dan macam2 lagilah! Respect toing toing kat abah! (tabik spring)


alamak! kabur la pulok gambo abah ni..

4. Mohd Haffizad Bin Hassan a.k.a my abang... camana nak cakap ek? macam ni la.. kalau aku takder duit, dia la yang jadi mesin atm aku... masa mula2 aku datang KL (masa tu aku tak kawin lagi), dia la tempat aku cucuk duit kalau duit takder.. haha! eh! eh! rasanya sampai sekarang pun kut.. nasib baikla abang bukan jenis berkira! hehe
jasamu akan kukenang ye abang!

geledah fb dia jumpa ni je gambar yang paling clear muka dia.. maklumlah dia ni tak berapa aktif fb.. gambar ni pun kawan dia yang tagged. huhu!

5. Mohd Azhar Bin Hassan a.k.a my adik yang senget.. Malas nak cakap banyak la dengan dia ni. kalau aku suka pau duit abang aku, yang dia ni pulak suka sangat pau duit aku... adessss! yang peliknya setiap kali dia pau aku, aku tak banyak soal terus bagi je. pelik kan? 

wes azhar, awak ada baca2 kat muka saya ker?!
hahaha!

tengok tu.. muka pun muka ganazzz...

Ok.  Tapi selain dari famili sendiri, aku ada 3 orang lagi yang memang menarik perhatian aku..

1. Kawan baik aku dari kecik hingga sekarang (Manek)
2. Kenalan aku masa kat Uitm dulu (Ajie)
3. Teman sekerja aku (Pakcik)

My asben kenal ketiga2 mereka ni dan pernah jumpa dengan dua daripadanya... aku dengan asben memang takder rahsia dan aku suka bercerita tentang apa aja kat dia dan kadang kadang merasa jugak keperitan cubitan kat peha! haha!

Selesai sudah cabaran hari ke 9...

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Jumpa untuk cabaran esok!


30 Days Blogs Challenge


Hari Kedua - 5 Cara Memenangi Hati Aku  

Hari Keempat - Buku Kegemaran Aku 
Hari Kelima - 3 Perkara Yang Ingin Aku Katakan Kepada Bekas Kekasih
Hari Keenam - Apa Yang Aku Makan Hari Ini 
Cabaran Hari Ketujuh - Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Aku
Cabaran Hari Kelapan - 5 Lagu Cinta Kegemaran Aku

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea