Kawan2Ku

19 September 2014

Tempe Goreng Dan Sambal Kicap

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, September 19, 2014

Kalau dah Johor tu Johor lah jugak... Sambal kicap memang tak tinggal..

He he he..

Al kisah petang tadi aku pergi IPK sebab nak settle kan skit perkara... Memandangkan aku pergi pun dah petang, memang aku tak plan pun nak masuk opis semula... Tak sempat...

So dari IPK aku terus je la balik rumah... Dalam perjalanan tu tetiba je rasa macam nak makan tempe goreng cicah sambal kicap. Peh! Lama tu tak makan.... Apalagi.. Singgah la kedai runcit beli tempe...

Sampai rumah, terus bancuh tepung untuk goreng tempe ni...



Goreng tempe ni senang jer...

Bancuh tepung gandum, garam, serbuk kunyit dan biji ketumbar. Biji ketumbar tu tumbuk dulu tapi jangan sampai hancur. Biar je berbiji biji tu, bila tergigit boleh menambahkan rasa enak tempe tu...

Tak percaya cubalah!

Bagi sambal kicap pula, ada pelbagai versi yang boleh kita ikut. Terpulang pada citarasa masing masing..

Yang ni resepi sambal kicap ikut versi aku..

Resepi 1.

Bawang putih, bawang merah, dan cili api digoreng dulu. Kemudian masukkan dalam blender bersama sama gula dan kicap. Campur air sedikit. Blend. Keluarkan dari blender.. Siap!

Kalau ikut resepi yang ni TIDAK perlu tambah belacan atau air asam jawa atau perahan limau. Dah cukup rasa dah. Tapi kalau korang nak tambah, takde masalah... Ikut citarasa masing2...

Resepi 2.

Tumbuk bawang putih dan cili sampai hancur. Masukkan gula kemudian masukkan kicap.. Kacau hingga sebati. Masukkan dalam mangkuk. Kemudian perahkan limau kasturi. Siap!

Aku lebih suka resepi 1. tahan lama sikit kalau simpan..

Sekian...
Daaaaaaaaaa!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea