Kawan2Ku

01 Oktober 2014

Day 30 : Perkara Menarik Yang Aku Banggakan Tahun Ini

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Oktober 01, 2014

Assalamualaikum wbt....

Nampaknya, dah semakin ke penghujung dah  #‎cabaran30hari‬  ‪#‎kelabbloggerbenashaari ni.. tak sangka rupanya aku masih mampu menulis walaupun mempunyai kekangan masa.. nampaknya lepas ni, takder alasan la untuk biarkan blog aku ni bersawang tak berusik.. hehe! 

Apa yang boleh aku banggakan dengan diri aku, walaupun dibebani dengan tugasan di pejabat, tanggungjawab seorang isteri dan juga seorang ibu, aku masih mampu membahagikan sedikit masa untuk menulis di blog aku ni walaupun kadang-kadang tercicir juga untuk beberapa hari. Tapi aku masih boleh mengejar walaupun apa yang aku tulis mungkin seringkas yang boleh. 

Kadang-kadang aku terfikir juga kenapa sebelum ni aku aku sentiasa beralasan untuk menulis sesuatu... tak cukup masa.. tak sempat.. anak kacau.. tapi bila aku sertai cabaan ni baru aku nampak bahawa semua tu adalah alasan.. bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih...

Yang pasti cabaran 30 hari ini adalah salah satu perkara yang membanggakan aku pada tahun ni.. nak banggakan benda lain, rasanya memang takder.. nak berbangga dengan kerja, kerja aku biasa2 jer.. tak ada pun yang perlu dibanggakan... tak ada pun pencapaian yang boleh buatkan hidung aku kembang kuncup.. tak pernah pun dapat APC.. sijil penghargaan pun baru sekali dapat, itupun sempena Hari Polis tahun 2012.. lepas tu tak ada dah...

Oh! baru aku teringat.. April hari tu aku masuk pertandingan menembak kat PGA Cheras... sebelum ni tiap tiap tahun masuk tapi tak dapat tempat.. tapi rezeki tahun ni aku dapat pulak hadiah. Dan hadiah tu aku dah gunakan pada Isnin baru baru ni.. 2 keping tiket masuk Sunway Lagoon.. memang berbaloi baloi.. kalau nak beli tiket sendiri memang tak lah! mahal.. haha! 

Ok. Tu je la yang mampu aku banggakan untuk tahun ni... semoga sebelum berakhirnya 2014, akan ada perkara lain yang boleh aku banggakan sebagai kenangan aku pada tahun 2014 ni...

Sekian...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


30 Days Blogs Challenge


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea