Kawan2Ku

01 Oktober 2014

Day 31 : Apa Yang Aku Dapat Dengan Berblog

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Oktober 01, 2014

Assalamualaikum wbt...

Entry terakhir untuk cabaran 30 hari. Bersemangat sungguh nak menulis walaupun aku sendiri tak tau nak tulis apa.. Haha!

Apa yang aku dapat dengan berblog? 

Sebenarnya aku menulis blog ini adalah untuk kepuasan diri sendiri. Aku mula menulis blog ni sejak awal tahun 2010 dan pada ketika itu (mungkin sehingga kini) kawan baik aku sendiri tak tahu akan kewujudan blog aku ni.. Aku lebih selesa orang luar yang membaca blog aku daripada kawan2 aku.. Bukan apa, aku segan bila kisah aku dibaca oleh kawan2 aku sendiri. Lainlah kalau orang tu orang luar, diorang tak kenal aku siapa, jadi tak perlu aku segankan... Hinggakan kawan sebelah aku pun tak tahu aku ada blog...  Bukan saja kawan2, adik beradik aku pun tak tahu aku ada blog, hingga sekarang..

Cuma ada sekali kawan sekerja aku tanya aku, D`Alia Gallery ni blog aku ker? Dia terbaca satu kisah tentang lawatan kebajikan aku ke rumah orang2 tua di Puchong.. Alahai.. Terkantoi plak tapi aku iakan je la. Kemudian kantoi pulak dengan bespren I.. I siap pesan kat dia, "kalau u baca blog I, I tak kisah tapi tolong jangan bagitau I yang u baca blog I.. Senyap2 sudah...." Hahahaha entah apa2 je kan.. Tapi sekarang dan ramai juga kawan2 aku yang tau tentang kewujudan blog aku ni termasuk my boss yang entah dari mana dia dapat tau... Lantakla.. Jangan dia skodeng entry lama sudahlah sebab dulu aku selalu kutuk dia... Hahaha jangan marah yer Baim Wong Celup a.k.a my boss yang sweet...peace no war...

Tapi sekarang agenda aku dan berubah sikit.. Kalau dulu bermotifkan kepuasan dan minat semata2, tapi sekarang aku nak jadikan minat aku dalam berblog ni sebagai sumber pendapatan aku.. Apa salahnya kan? 2 in 1.. Kepuasan dapat, RM pun dapat.. Terima kasih nuffnang yang bermurah hati.. Aku akan cuba melipat gandakan usaha aku untuk menulis sesuatu at least sehari 1 entry.. 

Chayo chayokkkkk!


30 Days Blogs Challenge


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea