Kawan2Ku

27 Oktober 2014

Jeruk Mangga Asam Boi.... Lagi

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Oktober 27, 2014

Aduh.. dah macam ketagih la pulak aku dengan JMAB ni.. ni dah kali keempat aku buat.. malam tadi aku pesan kat encik asben mintak dia belikan mangga muda kat pasar malam, tapi oleh sebab hujan lebat, hasrat tak kesampaian..

Macam tau tau je, tetiba je pagi ni (seawal jam 7.50am) Yatz budak Special Branch call aku.. ingatkan kenapa.. rupanya dia nak bagi aku buah mangga.. Syukur Alhamdulillah.. Yatz ni dapat rasa aura aku kut, tu yang tetiba teringat kat aku.. hahaha!

Rasanya ada dalam 10-12 biji yang dia bagi aku.. tapi aku ambik dalam 3 biji jer, yang lain aku bagi kat En Adam ngan kak Sariha... tak mau la tamak2.. sama2 merasa... hehe!

Sampai rumah jer... terus aku merajinkan diri menjeruk mangga ni. Dah kuning skit tapi masih rangup lagi (eh! betul ker aku guna istilah 'rangup' ni?) hahaha!

Dan... inilah hasilnyaaaa... nyum nyum.. tak sabar nak tunggu sejuk...

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea