Apa-Apa Aje, Bila-Bila Aje, Mana-Mana Aje, Siapa-Siapa Aje, Suka-Suka Aje




Kawan2Ku

21 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Keempat


Assalamualaikum wbt..

Bersemangat betul aku pagi ni. Apa tidaknya, pagi tadi aku timbang berat dah turun 3.5kg dalam masa 3 hari aku beratkins. Hari ni masuk hari keempat dan aku semakin bersemangat untuk menurunkan kilo2 yang sering menghantui aku selama ni.. haha!

Semenjak beratkins memang wajib bagi aku seawal pagi masuk ke dapur... walaupun mengantuk sebab malam tadi tidur lewat, tapi aku gagahkan juga untuk bertukang kat dapur..

Dan inilah hasilnya..

SARAPAN PAGI

Telur gulung bersama meatloaf dan cheddar cheese


MAKAN TENGAHARI

Ayam Percik Atkins..

MAKAN MALAM



Pagi ni aku dah mula rasa lain macam... lain macam bila pandang telur.. adoiyai.. berapa hari dah makan telur rasa muak pulak..loya tekak.. tak tertelan dibuatnya.. huhu! tapi akan kucuba bertahan demi misi yang satu... KURUS !!!