Kawan2Ku

15 Februari 2015

Menu Atkins : Flaxseed Bread

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Februari 15, 2015

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni buat pertama kalinya aku cuba buat flaxseed bread. Kalau ikutkan memang malas je nak buat, tapi memandangkan tengahari ni aku dah nak ke Sabak Bernam sehingga Selasa, nak tak nak aku buat jugalah.. standby kut2 nanti aku kelaparan masa kat sana nanti.. yerla.. aku tak tau lagi apa yang pihak IPN sediakan untuk menu makanan nanti.. so.. standby je la..

Bila sediakan barang2, baru perasan yang baking powder dah abis.. takpe la.. kita guna apa yang ada je..

2 cawan flaxseed
1 sudu serbuk kayu manis
3 biji telur
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak
shortening
stevia
garam

dan inilah hasilnya...




Alhamdulillah... aku boleh terima rasa flaxseed bread ni... lain kali boleh buat lagi dan pelbagaikan resepi... hehehe

Ni la bekal yang aku nak bawa ke Sabak Bernam. Harap2 cukup la... hehe!

Sekian...

daaaaaaaaaaaa....

Update pada 22/2/2015

Alhamdulillah... hari ni aku sempat buat lagi flaxseed bread.. kali ni aku letak baking powder skit.. dan inilah hasilnya...

Kali ni aku gunakan acuan kecil2..

Burger Flaxseed Atkins... aku gunakan meatloaf Ayamas (100gm = 2.2g carbs..) sekeping meatloaf tu aku potong 3.. setiap potongan aku selitkan cheddar cheese yang dipotong 6.. mayonis kewpie merah dan sedikit sos nandos.. 










0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea