Apa-Apa Aje, Bila-Bila Aje, Mana-Mana Aje, Siapa-Siapa Aje, Suka-Suka Aje




Kawan2Ku

14 Februari 2015

Diet Atkins : Fuhh Lega....


Assalamualaikum wbt...

Sebelum ni aku risau sangat sebab berat badan aku statik je tak turun selepas aku cheat masa balik kampung tempohari. Bila balik sini semua, aku start re-induction tapi setelah beberapa hari pun berat masih statik. Stress juga dibuatnya...

Pagi ni bila aku timbang, Alhamdulillah berat badan aku dah mula turun walaupun sikit. Tapi tak kisahlah kan... yang penting turun. Dan yang paling penting, lepas ni aku tak berani dah nak cheat lagi. serik !!! haha!

Cuma yang aku risaukan, esok aku akan pergi kursus di IPN Sabak Bernam sampai Selasa. Aku risau makanan yang disediakan tu mengandungi carbs yang tinggi. Adoi la.. Biasanya diorang suka masukkan gula dalam masakan... nampak gayanya aku kena bawak stok telur dan sayur untuk aku masak sendiri kat bilik.. masak dalam erti kata rendam dengan air panas jer... hehe!

Oklah...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!