Kawan2Ku

08 April 2015

Status Blog #40

Posted by Dalia Hassan at Rabu, April 08, 2015
Al kisah...

Pagi tadi aku ke Klinik Desa Kg Melayu Subang bawak dak tecik Arissa pergi check up... masa nak balik tu, masuk je dalam kereta ada sorang perempuan india sarat mengandung ketuk cermin kereta aku... katanya nak tumpang aku sampai depan... mula2 aku cuak jugak la.. yer la.. sekarang ni macam2 kes jenayah yang aku dengar... cepat2 aku bagitahu dia yang aku nak pergi arah bertentangan... nampak muka dia macam sedih juga la... then aku perhatikan je dia jalan kaki.. lama aku dok termenung dalam kereta. Serba salah pun ada.. Takut pun ada... fikir punya fikir... takper la... aku cuba ambil risiko ni sebab kesian kat dia... dah sarat mengandung tu... aku start enjin kereta, terus tuju ke dia...

Bila dia nampak aku berhenti, aku nampak dia tarik nafas lega...dia kata suami dia kerja, tak dapat ambil dia.. kesian plak aku tengok... then aku hantar dia balik. Mak aihhh.. jauh gak la rumah dia dari klinik tu... tak dapat aku bayang kan kalau dia jalan kaki tadi.. dah le sarat mengandung, cuaca panas plak tu.. isk isk.. kalaulah aku yang berada di tempat dia.....

Dia minta aku turunkan dia kat tepi jalan tu jer.. aku turunkan dia pastu aku leka perhatikan dia berjalan... tetiba baru teringat nak ambil gambar dia... ermm.. gambar dari jauh je la nampaknya...

Semoga dia yang aku lupa tanya nama tu, selamat lahirkan baby nanti. Mudah mudahan.... Aminnn...

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea