Kawan2Ku

03 Mei 2015

Status Blog #44

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Mei 03, 2015
Assalamualaikum wbt...

Hari ni celik2 mata je aku terus teringat pasal kes semalam dimana tiga sekeluarga maut dalam kemalangan akibat dari kecuaian pemandu lain yang menjadikan jalanraya tempat berlumba. Memang aku rasa marah sangat pada pemandu tu malah netizen sendiri mengutuk perbuatan pemandu2 Myvi tersebut.

Sedih bila mengenangkan nasib lagi 2 orang anak2 mangsa yang sekelip mata menjadi yatim piatu. Ya Allah... aku tak dapat bayangkan kalau perkara yang sama terjadi pada aku dan keluarga aku. sedih sangat. Memang mengalir air mata dibuatnya.

Diharapkan pihak berkuasa segera menangkap pemandu2 yang boleh dikira sebagai pembunuh itu dan memberi hukuman yang selayaknya untuk mereka.

Semoga arwah Fairuz Nizam dan isteri ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Dan sudah pasti tempatmu di syurga wahai si kecil. In Shaa Allah. Amin.

Al Fatihah....




0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea