Kawan2Ku

05 September 2015

Tapai Pulut Ohsem

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, September 05, 2015

Assalamualaikum wbt...

Aku tak tahu la kenapa semenjak dua menjak ni aku suka sangat makan tapai pulut. Pantang pergi pasar malam mesti nak mencari tapai... jatuh cinta sejak jamuan raya aritu... mak aih... sedap tapai yang dihidangkan.. manis macam aku.. hahaha perasan!!

Biasa kalau aku beli kat pasar malam, makcik tu jual RM2 / bekas dan aku wajib beli 3 bekas untuk aku makan sorang... gila kan?? mana la tak gemuk...

Dan hari tu, member sekerja aku, Ika yang berasal dari Terengganu balik kampung. Aku pulak teringin nak masak sendiri nasi dagang kegemaran aku tu.. so aku kirimlah kat dia beras nasi dagang dengan juga ragi. Beras nasi dagang tu of course la untuk masak nasi dagang.. ragi tu pula aku nak try buat sendiri tapai... ermmm... menjadi ke tak yer agak2nya...

So semalam aku minta my encik asben belikan aku pulut. Sebelum tidur sempat la aku merendam pulut tu, so pagi sebelum pegi kerja bolehlah aku siapkan tapai aku.

Bangun pagi, aku mula mengukus pulut... berdebar2 pulak.. first time buat tapai... orang kata, tapai ni mudah sangat merajuk. kalau orang yang buat tapai ni bad mood, marah2, tak happy, tapai akan jadi masam... kalau period plak, tapai jadi merah.. betul ker??? so untuk mengelakkan tapai aku masam, setengah jam sebelum aku menapai tu aku dok ulang2 dengar lagu rancak.. dalam fon aku semua lagu sedih.. lagu putus cinta.. lagu jiwang2.. yang ada lagu rancak cuma lagu GOYANG DUMANG.. haha! berdangdut aku pepagi buta... punyalah bersemangat... masa nak tunggu pulut aku sejuk, aku main Candy Crush jap, level 1001 yang dah berminggu2 aku sangkut kat level tu masih tak lepas2. Yang bestnya bila dengar lagu rancak, otak terus dapat berfikir dengan lancar dan dapat mengenalpasti formula2 bagaimana untuk melepasi level 1001 tu... dua kali main jer, terus lepas level tu.. hahaha!

pulut yang telah dikukus dan disejukkan

meratakan ragi



siap untuk disimpan dan diperam dengan penuh kesabaran...


 Ok. Aku dah bungkus tapai tu cantik2 dalam plastik. Aku dah simpan dalam kotak... aku sorokkan dalam bilik setor kat rumah aku tu kemudian aku hempap dengan teddy bear. hahaha! boleh gitu?? tak sabar nak tunggu 36 jam... apakah hasilnya nanti?? harap2 manis la macam orang yang membuatnya. hahaha!

Alia : Dapat 11 bekas ok. Modal aku cuma RM4.50 je.. Ragi aku dapat free Ika bagi... puas makan kalau macam ni! ngeeeeeeeeeeeeee!

Update 07/09/2015


Tapai aku dah masak! MasyaAllah... sedapnya bila dimakan sejuk2 gitu... nyum nyum!


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea