Kawan2Ku

30 Oktober 2015

Melawat Mangsa Cedera Tragedi Kren Tumbang Di Makkah

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 30, 2015
Assalamualaikum wbt...


Dari sehari ke sehari aku nak pergi ziarah mak Faizah iaitu Makcik Faridah yang telah tercedera dalam tragedi kren tumbang di Makkah. Setelah beberapa hari makcik Faridah balik ke Malaysia, baru hari ni aku berkesempatan jumpa di kediaman anak Makcik Faridah di Putrajaya.

Alhamdulillah. Luka tertusuk besi di kaki semakin pulih walaupun belum pulih sepenuhnya (Makcik Faridah penghidap kencing manis) dan terpaksa berulang alik ke klinik dua hari sekali untuk cuci luka tersebut. Apa yang pasti, luka di kaki makcik semakin kering. Syukur.

Pastinya tragedi ini meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri beliau. Bayangkan, ketika kejadian berlaku, beliau berlima bersama kawan2 yang lain. Dalam sekelip mata, keempat empat kawannya (termasuk seorang kakak ipar) pergi untuk selama lamanya... hanya dia yang tinggal dan selamat dalam tragedi tu.

Apa2 pun.. sesungguhnya mereka yang pergi itu sangat bertuah. Berapa ramai jemaah haji yang memang mengimpikan untuk disemadikan di Tanah Suci, tetapi tidak termakbul. Alhamdulillah.. perginya di Tanah Suci... dengan niat untuk beribadah. Cuma cara mereka pergi sahaja yang membuatkan kita sedikit terkilan. Kerananya ianya adalah dari kecuaian manusia sendiri. Tapi.. sebenarnya semuanya adalah ketentuan dari Allah.. tentu ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya...




Gambar di bawah ini adalah gambar sebelum tragedi kren tumbang... Mereka berlima sentiasa bersama, dan selepas tragedi tersebut hanya Makcik Faridah seorang yang terselamat. Al Fatihah buat semua mangsa.




0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea