Kawan2Ku

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

12 Februari 2016

Cuti - Cuti Malaysia : Wet World Theme Park, Shah Alam


Assalamualaikum wbt...

Semalam, 11/02/2016 aku sempat bawa anak anak bercuti ker Wet World Theme Park, Shah Alam. Sebenarnya aku ingat nak bawa diorang pergi ke Sunway Lagoon sebab si Anaqi, anak buah aku belum pernah lagi ke sana. Memandangkan ni adalah perancangan saat akhir, dan aku tak sempat nak minta tolong kawan aku untuk dapatkan harga staff, so aku tukar plan ke Wet World.

First time masuk sini, aku rasa ianya sangat berbaloi dan jimat. Tak dinafikan Sunway Lagoon jauh lebih menarik, lebih banyak tarikan tetapi sesuailah dengan harga Wet World ni, RM95 untuk 3 dewasa dan seorang kanak2 (kanak2 dengan ketinggian 130cm keatas dikira dewasa).. maknanya dewasa dengan MyKad RM25 seorang dan kanak2 90cm - 130cm RM20.. murah kan???











































0 comments:

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon