Kawan2Ku

13 Februari 2016

Nak Diet Jom Diet!

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Februari 13, 2016

Assalamualaikum wbt...

Lama dah aku tak berdiet... sekarang ni kuat betul selera makan aku.. aduhai la mama.. kenapa ko jadi begini.. 6kg naik dalam masa 2 minggu.. hebat. Sangat hebat. Hebat sampai nak menangis rasa....

Kali ni aku betul betul insaf. Mulai esok aku kena buat semula Diet Atkins... aku kena kental.. kena kuat semangat macam mula mula aku beratkins setahun yang lepas.

Aku nak kurus!
Aku nak kurus!

Ya! Aku nak kurus!

Nampak gayanya, aku terpaksa buat macam dulu. Aku akan update apa menu yang aku makan selama dua minggu, setiap hari. Bukan nak menunjuk, tapi untuk membakar semangat aku agar lebih rajin lagi untuk ke dapur. Supaya aku tak rajin untuk beli makanan luar yang entah apa bahan2 yang digunakan...

Ok kali ni aku serius. Benar benar serius. Takder yang tak serius melainkan yang serius serius belaka. Dan untuk esok hingga jumaat, aku dah sediakan menu untuk lunch dan dinner. Untuk sarapan mungkin aku boleh gunakan stok konjak aku yang masih berbaki lagi. Atau aku hanya makan telur saja untuk sarapan... harap tak muntah.

Ini adalah misi menu untuk menurunkan 12kg berat badan. Sebarang usaha untuk menggoyahkan semangat aku tidak akan dilayan. Jika anda berniat begitu, sila main jauh jauh dari insan yang bernama Dalia Hassan. Sesungguhnya anda sangat tidak diperlukan dikala ini. *wink*

Ni menu untuk esok... Ahad.. dua keping terus.. sekeping tak cukup.. haha!

Dah siap perapan ayam untuk Isnin sampai Jumaat. Cuma tak tahu lagi nak masak apa.. mungkin grill, kukus, goreng atau apa apa yang terlintas di fikiran...

2 comments:

Farahain ZFA berkata...

wahhh bahan bahan perap itu letak apa je ?

Dalia Hassan berkata...

Letak sikit sikit je bahannya.. takut nak letak bnyk2, takut terlebih carbs... ni asas garam, kunyit, cili boh kisar sendiri, pastu ada ubah suai skit untuk setiap box tu.. tambah bahan lain skit2 supaya rasa dia berbeza setiap hari...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea