Kawan2Ku

12 Februari 2016

Program Gaya Hidup Sihat : Hiking @ Bukit Puchong, Selangor

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 12, 2016

Malas nak cakap banyak. Ni program gaya hidup sihat IPD petang tadi.. Badan dah mula rasa sakit sakit. Otak tak berfungsi dengan baik. So apa2 hal aku masukkan gambar je dulu.. keterangan nanti nanti la aku cerita, ya! ngeeee! (pemalas!!)

*Punya la penat, nak ambik gambar pun tangan menggeletar. Dah macam penyakit anxiety disorder pulak... so jangan heran sangat la ya kalau gambar gambar ni semua berada dalam kekaburan...  ni pun dah banyak kena delete...

*gambar gambar ni tak mengikut tertib ya.. ada masa nanti baru aku susun ikut tertib...

* nampak gaya, program panjat Broga pagi esok terpaksa ditunda atas sebab2 tertentu.. ermmmm... aku kiciwa!!! aku dengan Yatz je yang bersemangat waja.... huhu!

*anak2 dan asben aku balik kota tinggi malam ni, so nampak gayanya pagi esok aktiviti aku kuak lentang je la sampai petang... panjat Broga dalam mimpi je.. (eh! Ada plan baru. Berbasikal kat bukit cerakah dengan Sue. Harap2 tak kesiangan pagi esok!)








Perbualan aku dengan brother baju warna putih ni tadi.. Sarjan jenayah kalau tak salah aku...

aku : cik umur berapa ya?
Dia : dah 47 dah...
aku : 47? Betul ker??? (Nada tak percaya)
Dia : betul la....

(Eh! aku bukan nak tau umur dia.. sebenarnya aku nak tanya nama dia.. sebab biasa bertegur sapa kat IPD  tapi tak tau nama... tapi nampaknya sampai kesudah aku tak tau nama dia.. Haha!

sejak bila Tuan Naser jadi duta pokok ni???.. (ke cover sebab sakit pinggang???)
Yatz..




Perasaan bila nampak moto ni ada kat tengah2 hutan dan di kala kepenatan jadi macam ni;

"moto.. moto... aku nak keluar dari sini naik moto!"

hahaha poyo!





Yatz, Aida n Kak Wani
Masa group ni turun dari bukit ni, hati aku berdebar debar... alamak! mana Sue?? tadi Aida kata Sue dengan Kak Sal.. masalahnya Kak Sal dah sampai, tapi.. mana Sue??? matilah aku... dah le aku tinggalkan dia kat belakang, tetiba tengok dia takder... aku bukan apa.. aku risau satu jer..  kalau ikutkan aku tak risau langsung dia hilang, tapi aku risau sebab aku datang sini tumpang kereta dia... kalau dia tak ada, aku nak balik naik apa???? hahaha!

Selepas soal siasat kak Sal, baru aku tau yang Sue dah patah balik... ikut renjer...

fuhhh!!! legaaaaaa mak!






amboi... yang cekak pinggang tu... yang baju ngan seluar line color orange tu...  nampak macam penat je.. tapiii.. bukan main ngelat ker??? ikut short cut.. haha! (yang cekak pinggang baju hijau tu memang sahih panjat bukit..  so aku tau dia memang penat)






posing.. posing...
banyak gambar bergegar.. almaklumlaaaa... penat...



Reaksi pertama kali sampai sini ... Subhanallah... cantiknyaaaaa... excited sangat...  memang rasa nak terjun jer....










aku yang rabun ke apa ni??? haha!






Big Boss, Tuan Yahaya Bin Ramli peratiiiii je anak anak buah dia.... 




Geng trafik... ASP Rahman, Aliff dengan Fikrudin.. hepi yer korang dapat mandi... aku ni meleleh je air liur tahan perasaan... nak mandi tapi segan... kalau ada budak perempuan yang turun berendam tadi, memang aku join sama berendam...


































eleh... masing masing poyo jer berlari... lebih lebih lagi yang depan baju hijau tu... propa semata.. mentang mentang le dah nak sampai...  hehe!
menghampiri ke garisan penamat..

Lepas bakar kalori, kita tambah semula kalori... punah! hahaha (dah abis makan baru teringat nak ambik gambar)

Sebenarnya, aku sangat berpuas hati dengan aktiviti petang ni. Kalau boleh buat setiap minggu pun aku rela. Dan kalau boleh, buat program ni untuk pompuan jer... lelaki dilarang sama sekali. sebab kami nak mandi kat blue lagoon tu... hehe!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea