Kawan2Ku

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

13 Februari 2016

Taman Botani Negara, Shah Alam


Assalamualaikum wbt...

Kecewa plan nak panjat Bukit Broga hari ni terpaksa ditangguhkan, aku dengan Sue ambil keputusan untuk ke Taman Botani Negara, Shah Alam... Saja nak bagi peluh keluar dan mengharap lemak dapat dibakar dengan cemerlang,, almaklumlah berat dah naik 6kg dalam masa 2 minggu.. minggu depan pulak dah start kelas, memang susah sikit la nak cari masa  untuk beriadah macam ni...

Dah sampai sana, berangan juga untuk naik Skytrex Adventures tu.. tapi rupanya kena booking online pulak... ok takper.. yang tu boleh masukkan dalam perancangan aktiviti tahun ni... ada masa, boleh cuba nanti...

Penat hiking petang semalam tak habis lagi sebenarnya,.. mata pun masih bengkak, muka sembam... tapi lantaklaaaaaaaa... haha!












































Nampak tak kasut tu??



Balik dari sini, terus ke Giant Shah Alam untuk beli barang barang dapur. Dalam hati kata, nasiblah bagi mereka mereka yang lalu sebelah aku... bau masam ok. bukan aje masam, kelat kelat lagi... hahah!

Ok.. tu jer nak cerita...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

0 comments:

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon