Kawan2Ku

13 Mac 2016

Hari Keluarga IPD Subang Jaya @ Sunway Lagoon

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Mac 13, 2016

Assalamualaikum wbt...

Semalam telah diadakan Hari Keluarga IPD Subang Jaya di Sunway Lagoon. Fuhhhhh! kali ketiga buat family day kat sini baru aku rasa kekeluargaan warga IPD. Dulu masa kali pertama buat hari keluarga IPD kat sini aku datang masa aku tengah sarat mengandung 7 bulan (nyaris nyaris merajuk tak nak datang sebab ada orang kata aku macam dugung, nak main air) dan kali kedua datang dengan anak2 (tak dapat nak main air sakan sebab kena awasi anak2) Kali ni aku datang tanpa anak2 dan suami. So memang aku bujang la semalam sebab anak2 aku masih kat kampung lagi. Apalagi, memang aku join la segala jenis sukaneka yang ada dan Alhamdulillah, aku dapat 2 hadiah dalam acara Resque 911 dan manusia terpanjang.

Tapi yang kelakarnya boleh pulak aku salah masuk pintu. Aku tersalah masuk ikut pintu depan, sepatutnya aku kena tunggu kat pintu belakang, untuk ambil tiket dari diorang. Bukan aku sorang yang tersalah, ramai juga la yang salah. Nasib baik ada geng... so beramai ramailah kami menapak dari entrance depan ke entrance belakang sambil berhuhuhuhu beramai ramai. haha! penat weh! nasib baik ada geng.

Pada asalnya, kawan baik aku dari balai Sunway minta aku teman dia sebab dia pun tak bawa family dan dia adalah salah seorang dari urusetia program ni. Tapi memandangkan aku tengok dia busy semacam, so aku pun join dengan kawan kawan lain. Bila dah lewat sikit dalam pukul 2 lebih, baru aku teringat kat dia.. aku whatsapp dia tanya kat mana, rupanya dia dah balik opis dah. Pastu dia salahkan aku sebab taknak teman dia. Nak bergambar dengan dia pun tak sempat. haha! Sorry bespren!






Sorry la shahir... ni la kalau amik gambar dalam panas. Tak nampak apa.. kepala pun tak penuh nampak. Haha


Nak main tarik tali, tapi talinya putus... haha











































0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea