Kawan2Ku

23 Mac 2016

Status Blog #73

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Mac 23, 2016

Assalamualaikum wbt...

Petang tadi masa aku pergi ke cawangan StaRT, kebetulan Tuan Naser, ketua cawangan pengangkutan daerah ada kat sana... sempat la berborak dengan dia... yer la.. lepas ni tak tau lagi berkesempatan ke tidak nak berborak borak lama dengan dia sebab awal bulan depan dia dah nak lapor diri ke Bukit Aman...

Tengah2 berborak tu, boleh pulak dia minta aku buatkan dia air nescafe. Alamak! Tetamu yang kena buat air ker? Hahaha.. bak kata kopral Din pulak, kat StaRT memang macam tu.. tetamu yang kena buat air.. bukan tuan rumah. Haha! Oklah. Demi pegawai yang akan bertukar ke Bukit Aman atas kenaikan pangkat, tetamu yang buat air pun tak pe la... aku rela.. (alaaaa... 3 in 1 je pun) haha!

Masa tengah buat air tu, SM Ismail masuk dapur.. dia cakap kat aku, air letak setengah cawan je, biar kawwwww nescafe tu... eh! takder takder... mana boleh kawwwww! kena potong kaki nanti, kencing manis. Dah le Tuan Naser ni muda2 lagi dah berpenyakit. Tu yang aku tuang air selagi tak penuh cawan... haha! biarlah air tu rasa tawar, asalkan senyuman manis. Kan tuan!!!

Nampak tak nampak tak??? Tuan kata sedap air yang aku buat tu walaupun aku letak air banyak....

Biarlah tawar dalam minuman, asalkan manis dalam senyuman...


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea