Kawan2Ku

15 April 2016

Flying Fox @ Lata Lembik Recreation Park

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, April 15, 2016

Assalamualaikum wbt...

Masa kat Lata Lembik Recreation Park hari tu, aktiviti kedua yang kami buat setelah trekking adalah flying fox... sebenarnya, ni la kali pertama dalam hidup aku, aku buat flying fox ni. Masa zaman2 sekolah dan diploma dulu, bukan tak ada aktiviti macam ni, tapi selagi boleh elak, memang aku elak... gayat beb! aku ni badan jer besar, tapi hati kecik! ngeeeee!

Yang ni pun, mula-mula aku ingat buat flying fox yang rendah tu. Masa tengok kat tempat tu, kira okaylah.. takder tinggi sangat... keraskan jugak hati untuk buat. Sekali bila masa nak buat, dah siap pakai aksesori flying fox semua, rupanya kitorang kena buat yang tinggi. Baru la aku perasan rupanya ada satu lagi nun jauh kat atas... Menggeletar sekejap kepala lutut bila pandang atas. hahahaha!

Permulaan kami berada di ketinggian 150 kaki dan berakhir pada ketinggian 90 kaki... hahaha! tinggi weyyyyy..tapi inilah dia yang dikatakan cabaran... atasi ketakutan pada ketinggian. dan aku berjaya!

Masa mula2 tu, aku ingat kena buat flying fox yang ni la... rupanya ni untuk budak2 punya... hahahaha!
Setelah mendaki bukit, baru sampai ke tempat untuk kami memulakan flying fox. Tapi kami masih perlu memanjat tiang besi tu untuk sampai ke atas... fuhhhh!

panjat panjat panjat...

menunggu giliran.....
sempat lagi tu....

berdebar.... 
wahhhhhhh!!! hilang segala ketakutan... seronokkkkkk!
tingginyaaaaaaa... hahaha
jangan tutup sebelah mata....
masa untuk mendarat....
Yesssss! aku berjaya!!!

aku berada jauh lebih tinggi dari pepohon merimbun...
ok. masa untuk turun dari ketinggian 90 kaki dengan menggunakan tali...

sampai gak kat tanah... hahaha!

Pengalaman yang sangat berharga bagi aku yang baru berjinak jinak dengan aktiviti lasak macam ni. kalau boleh nak buat lagi!!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea