Kawan2Ku

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

15 April 2016

Water Tubing @ Lata Lembik Recreation Park


Assalamualaikum wbt...

Ni aktiviti ketiga merangkap aktiviti terakhir aku kat Lata Lembik Recreation Park. Wohooooo! Best giler water tubing ni! Memang rasa nak pergi lagi. Korang semua mana yang belum pernah buat water tubing ni, aku sarankan korang cubalah buat aktiviti ni. Dijamin puas hati. Betul tak tipu!

Sebenarnya ada kisah yang tak akan aku lupakan ketika aku buat aktiviti ni. Kisah yang jadi bahan gelak kawan2 aku, malah aku sendiri tergelak besar bila teringat kisah tu... kisah apa? biarlah menjadi rahsia... hahahahaha!

*malu*

Jom la layan gambar2 ni....

sebelum aktiviti... posing dulu..

berdebar2 tapi tak sabar nak mulakan water tubing ni...
hamboi ila... betul2 menghayati keindahan alam...
errrr.... sementara tunggu diorang, lepak kat tepi dulu then kita posing sorang2.. hahaha!
menanti untuk ke check point seterusnya....

tergolek... hehehe.. itu biasa... aku 3 kali tergolek kut masa kat air terjun tu... walaupun air terjun yg kecik, tapi gayat punya pasal, terbalik jugak.. haha! Ada sekali tu aku lupa nak angkat punggung sikit, makkk aiiiii terhentak kat batu... sakit sampai tiga hari... tapi tetap tak menyesal buat water tubing ni...
Ah! malas nak cakap banyak... syok sendiri la ni...

hamboiii... rilek rilek pulak ko yer Dalia... (abaikan peha KFC tu)

tak habis2...
Masing2 muka teruja...

walaupun tube dah nak terbalik, kamera tetap erat kat tangan.. hahah
Dah terjatuh pun boleh tersenyum lagi...

ni tempat yang pang mencabar... tapi Alhamdulillah lepas tahu teknik yang betul, aku tak terbalik lagi dah... hehe!
menunggu yang lain2... a
best wooooo... jom la kita pergi sini lagi....

Sekian....

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!


1 comments:

spitoutblog berkata...

best nye camping.. dah lama tak buat... rindu pulak nk camping tapi lepas grad ni xde geng dah yg nk p camping...hmmm

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon