Kawan2Ku

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

10 Mei 2016

Hiking @ Bukit Broga 2.0, Semenyih Selangor


Assalamualaikum wbt...



Aku dah mula rasa gian untuk mendaki. Lama sikit tak mendaki aku mula rasa tak keruan. Tak kisah lah bukit apa, asalkan bukit. Tinggi ke rendah ker waima Bukit Bintang, Bukit Jelutong, Bukit Damansara, Bukit Kerinchi, Bukit Aman pun aku tak kisah asalkan namanya bukit.. haha! (senget)


Ahad malam tiba tiba jer aku dapat ilham nak panjat Broga pada Isnin (9/5/2016) pagi tu. Almaklumlah aku off Isnin tu... daripada tak ada apa nak buat kat rumah, baik aku isi dengan aktiviti kan? Dengan persetujuan housemate aku, Isnin pagi kami gerak ke Semenyih dengan penuh doa dan harapan agar hujan tak turun. Dan Alhamdulillah, cuaca cantik!


Seronoknya hiking week days ni, orang tak ramai tak macam kali pertama aku panjat Broga tempoh hari. Waktu tu, kat atas bukit pun boleh jem dengan orang. Ramai sangat... nak bergambar pun kena pandai2 menyelit untuk cari pemandangan yang cantik.Tapi pergi kali ni memang best la.. umpama Broga itu aku yang punyaaaa!! yeaahhh!



Jom tengok gambar2 aku kat sana...


















Membaca Jambatan Ilmu (hoiiii! agak2 la nak membaca kat atas bukit tu!)


Duhai angin... sampaikan salam rinduku pada si dia yang semakin menyepi....






Mak Bedah adik Mak Jemah...





























Sampai rumah, masing2 tertidur, kepenatan... Zohor pun dah kul 3 lebih.. dalam kul 5 lebih, encik asben ajak keluar pegi makan steamboat kat Big Spoon Steamboat & Grill.. sempena hari ibu katanya... aduiiii... baru jer pagi tadi bakar lemak, petang cover balik lemak yang dah terbakar tu.. Isk..

Camana nak kurus ni????

0 comments:

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon