Kawan2Ku

03 Mei 2016

Status Blog #90

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Mei 03, 2016

Assalamualaikum wbt...

Hari ni hari yang paling malas aku rasa. Yer la.. setelah seminggu bercuti, hari ni hari pertama kerja.. memang mood ke laut la.. hehe!

Abang aku pulak kena masuk wad di Group Hospitalier Intercommunal Le - Raincy - Montfermeil, Paris (amboi.. payah nak nyebutnya) sebab kena sesak nafas dan sakit dada masa dalam penerbangan balik ke Mauritania. Masa dalam flight tu abang rasa susah nak bernafas, dada dia sakit. Dia mintak pain killer kat flight attendant, sampai semua pun kelam kabut dan panik ingatkan abang kena heart attack. Sampai ke Paris doktor2 dah tunggu dan bawak pergi ER naik ambulans.

Tapi semalam diorang dah buat check up dan Alhamdulillah bukan kena heart attack.. tapi dada dia masih sakit.. mungkin sebab sakit urat. Balik Malaysia nanti baru buat further check. Majikan dia tak kasi dia balik Mauritania, sebab kat sana fasiliti kurang, takut apa2 jadi nanti susah. Doktor pakar tak ada kat sana. Apa2 jadi kat sana memang check mate laaaaaa....

Ada hikmah juga kut aku rasa.. sebab sekurang2nya dia ada masa untuk berehat lama sebelum balik ke Mauritania. Yerla, Jumaat aritu (29/4) dia baru sampai ke Malaysia dari tunaikan umrah bersama isteri dan anak dia.. 1/5 dah kena balik ke Mauri... ni la masa untuk berehat secukupnya...

Paling risau mak aku la... dalam whatsapp grup family, mak cuma cakap,

 "kesian anak ku itulah harapanku sembohlah hendaknya"

yerla... mak mana yang tak risaukan anak dia kan? Lebih2 lagi anak tu duduk jauh.... huhu!

Aku harap abang aku cepat la keluar wad dan balik semula ke Malaysia... Dia balik umrah haritu pun aku tak sempat jumpa dia... huhu!







0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea