Kawan2Ku

08 Jun 2016

Status Blog #94

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Jun 08, 2016

Macam ni lah gayanya. Khamis nak exam Selasa malam baru sibuk nak bukak buku. Pastu sibuk pulak menghadap whatsapp dan facebook. Tak cukup tu, eh, sempat pulak update blog. Bertuah punya Dalia. Tak insaf2...



Tapi yang sebenarnya, badan aku rasa penat yang amat sangat. Siang gigih siapkan kertas kerja KIK yang perlu dihantar selewat2nya 17/6 ni. Dalam masa yang sama, final exam aku start 9/6 sampai 16/6. Sepatutnya aku layak dapat cuti tanpa rekod pada hari exam, tapi apakan daya ada tugasan yang perlu disiapkan. Nampak gayanya, habis je exam aku terus berkejar untuk balik ke IPD...



Macam jadual aku hari ni, balik dari siapkan tugasan KIK, redah jem teruk (sebab ada treler terbabas selepas bulatan Airport Subang), terus balik rumah masuk dapur kejap. Siapkan bahan untuk masak makaroni goreng (favourite encik asben dan anak2) pastu terus keluar ke bazar ramadhan. Kat bazar ni aku bukan membeli belah, tapi aku bantu diorang meniaga. Oh ya. Ni tahun ke 6 sebenarnya kami berniaga kat bazar. Aku datang tolong skit2, sebab memang tak cukup tangan kalau dua orang jer yang jaga. So encik asben minta aku tolong aku handle bahagian jus MANGga (MANGga + buah naGA) yang sememangnya tak menang tangan dibuatnya. Dia dan Ayob uruskan air manakala Anaqi pulak (anak buah aku) ditugaskan untuk mengisi air gula dalam plastik. Tugas Ainul pulak jaga dak tecik dalam kereta.



Memang penat. Lepas settle uruskan Jus MANGga, dalam kul 7 aku bergegas balik untuk sambung masak makaroni goreng aku tu... sempat jugak buat Air Sirap Bandung Soda Blended. Memang terangkat. Sedap. (Ceh. Puji diri sendiri nampak....)



Lewat skit dalam kul 10 aku dah menghadap buku pulak. Sampai la sekarang dah pukul 2.23am... ni la padahnya kalau study last minute. Jap lagi nak terus masak untuk sahur pulak. Alahai.. apsal la tadi aku boleh terlupa beli lauk sahur yang dah siap masak kat bazar. Kalau tak, tak payah dah nak fikir masak apa pepagi dinihari macam ni...



Okla.. cukupla aku meluahkan rasa kepenatan aku hari ni. Tapi nak buat macamana kan, dah tanggungjawab. Berniaga kat bazar pulak, aku dapat kepuasan yang maksima. Seronok. Walaupun aku cuma tolong sekejap jer.. hehe!



Ni masa belum pukul 5. tak busy lagi. Ayob pun lom sampai lagi...

Ni la makaroni goreng kesukaan encik aaben dan anak2...

Air Sirap Bandung Soda Blended


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea