Kawan2Ku

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

04 Ogos 2016

Hiking @ Bukit Tabur Far East 2.0

Assalamualaikum wbt...




Pada 30/7/16 yang lepas aku bersama 3 lagi rakan aku dari grup Geng Outdoor Subang Jaya telah bersama sama mendaki Bukit Tabur Far East. Ini adalah kali kedua aku naik ke Bukit Tabur bulan ni. Bukan apa, musim musim perayaan macam ni memang la lemak banyak melekat kat badan. So dengan hiking ni la salah satu cara untuk kami singkirkan lemak lemak jahat tu. (Ceh!)




Pemandangan dari bawah... sebelum mula mendaki...


baru panjat sikit peluhnya kemain lagi... berjurai jurai...


Apa yang membuatkan kami sampai lambat adalah, sibuk bergambar kat setiap laluan. haha!


Camerawoman kami yang begitu gigih (dah seminggu dah tapi kami masih tak dapat lagi nak tengok gambar2 tu) haha!


Berhenti jap sementara tunggu giliran kami untuk ke atas.. (kat atas dah ramai sangat pendaki... sesak)


sempat gak posing...


kat sini memang perlukan bantuan tali untuk memanjat...


kat sini pun sama.. terpaksa guna tali..







hamboi... sempat...
















Awang... ikut sama tuannya pergi hiking...


pemandangan dari puncak...




no komen. hahaha


masa untuk turun ke bumi yang nyata...


no komen gak!! haha




0 comments:

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon