Kawan2Ku

Al - Kisah

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

24 Ogos 2016

Hiking @ Gunung Irau, Cameron Highland




Assalamualaikum wbt...






Ngam hari keenam kami balik dari hiking di Gunung Senyum, Temerloh, kami sambung hiking di Gunung Irau, Cameron Highland pula pada Sabtu 20/8. Bila masing-masing tak serik, macam ni la jadinya.. gian nak hiking walaupun kami ni kategori nubis jer. Banyak lagi yang perlu kami pelajari.


Kami sampai di Hotel Nova lebih kurang jam 4.30am. Masih banyak waktu lagi, kami menggunakan waktu yang ada untuk tidur. Yerla... tidur mesti cukup, baru cukup tenaga nanti.




Setelah bersihkan diri dan solat subuh, kami berkumpul di hadapan Hotel Nova lebih kurang jam 7. Masa ni la kami berkenalan sesama peserta dibawah grup Tebing Tinggi Backpackers. Senang dengan diorang, masing2 memang peramah. Kejap jer dah boleh ngam dengan kitorang.

(Aku masukkan gambar tak ikut turutan... pengalaman pun tak abis tulis lagi ni. Dah berapa hari tersimpan dalam draf, aku rasa aku publish dulu apa yang ada. Ada masa nanti aku sambung menulis dan susun gambar elok2 ikut turutan)



rasa dah macam PATI pulak ramai2 naik powil...



Selfie dulu sebelum memulakan pendakian



































0 comments:

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon