Kawan2Ku

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

10 September 2016

Hiking @ Bukit Batu Putih, Port Dickson

Assalamualaikum wbt...




Dalam pada sibuk training bola tampar, Ahad lepas, (4/9/2016) sempat juga aku curi2 masa pergi hiking dengan Geng Outdoor Subang Jaya ke Bukit Batu Putih, Port Dickson. Ni semua gara gara tak dapat menahan rasa rindu untuk menikmati keindahan alam la ni, ditambah tambah lagi dengan hasutan geng geng yang lain. So kami ambil keputusan untuk ke Bukit Batu Putih sebab kedudukannya yang tak berapa jauh (dan juga tak berapa dekat)




Aku dan suami gerak dari IPD selepas subuh. Saja ambil keputusan untuk subuh di surau IPD lepastu terus ambik Yatz kat Amanputra.. Ila, Kenz, Alin dan Induk tunggu kami terus di Tanjung Tuan... Konon2 nak cepat, tapi tersesat masa nak ambik Yatz. Berpusing pusing cari jalan. Memang GPS ni tak boleh dipercayai laaaa... (GPS gak yang salah)



Meh la tengok gambar2 yang kami sempat ambil...










0 comments:

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon