Kawan2Ku

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

15 Oktober 2016

Hiking @ Bukit Broga 3.0, Semenyih Selangor

Assalamualaikum wbt

Entah kenapa aku makin jatuh cinta dengan aktiviti outdoor ni lebih lebih lagi aktiviti mendaki. Betullah kata orang, tak kenal maka tak cinta.. Iya kan?? walau bersusah payah macamana sekalipun, walau penat, tapi bila kita lakukan sesuatu yang kita suka, hilang semua rasa kepenatan tu.

Ni cerita Bukit Broga 3.0... Alkisah aku nak panjat Gunung Ledang tapi tak sempat nak bina stamina. Nak curi2 masa pun susah, jadual padat (sangat). Akhirnya sehari sebelum mendaki Gunung Ledang, aku dengan asben buat keputusan untuk panjat Bukit Broga... boleh la jugak untuk meregang2kan otot yang semakin manja dan mengada2 ni... haha!

Tapi Ya Allah... aku nak sampai ke puncak pertama tu pun dah rasa macam semput semcam. Ye la.. muatan berat kannnn... berat naik mendadak ni... aduhai... risau jugak ni esok dah nak panjat Gunung Ledang... Boleh ke idok ni???


dengan encik asben...


tengok orang kat belakang tu... pewai lain macam!! hehehe



haha! adoi. asalnya aku nak ambik gambo ni kat puncak Broga. Tapi macamana la aku boleh terlupa. Memang menyesal tak sudah dibuatnya. Hari ni kawan aku si Fadzli Ibrahim @ Ifin Idish kawin. Dia jemput tapi memandangkan sabtu petang aku ada kelas yang tak boleh nak ponteng, aku wish dia dari Broga je la. jadi la kan??? sapa suruh buat majlis kat JB... lain kali buatlah kat KL, senang aku nak datang... hahaha! (dia ni abang kepada The Faiz Ibrahim)
Turun dari Broga, sampai rumah terus siap2 untuk pergi kelas, start pukul 2... memang bertabahlah aku kat dalam kelas tu... huhu!

0 comments:

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon