Kawan2Ku

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

29 Oktober 2016

Hiking @ Bukit Broga 4.0, Semenyih Selangor

Assalamualaikum wbt...


Ada kawan aku kata, kenapa asyik naik Broga jer? tak bosan ker? Aku jawab, selagi namanya hiking, tak kisahla kat mana2 pun asalkan aku dapat melepaskan rindu dan badan aku tak terlalu manja sangat nak banyak rehat. Poyo je kan?


Lagipun kebetulan ada kawan2 aku yang tak pernah panjat Broga lagi... so aku dengan sukarela bawa dan teman diorang naik atas tu.. pakaian pun main sarung jer apa yang ada kat depan mata... tak fikir sangat nak bergambar kat atas tu... dan kali ni memang aku tak banyak amik gambar pun... bagi chance kat diorang pulak. hehe!











Errrr.... sebenarnya kan aku sendiri terasa pelik dan janggal bila aku pakai tudung tu... biru belang2 harimau... ni la akibatnya bila main sarung jer... tangkap muat!


haha!



0 comments:

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon