Kawan2Ku

16 Oktober 2016

Hiking @ Gunung Ledang, Johor

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Oktober 16, 2016

Assalamualaikum wbt...



Alahai.... Pagi Sabtu panjat Broga, balik dari Broga sambung pergi kelas pulak kat UTM Space. Nasib baik kelas start kul 2... balik kelas sampai rumah dah pukul 8... siap2 kemas2 pastu tidur jap... Bangun seawal pagi aku dengan encik asben gerak ke Tangkak, Johor pula untuk meneruskan misi kami, menawan Puncak Gunung Ledang @ Mount Ophir.



Sebenarnya dulu aku dah pernah panjat Gunung Ledang via Asahan, masa zaman zaman remaja muda belia. Masa tu takder henpon canggih ni.. gamba pun tumpang kamera kawan2. penyudahnya sampai sekarang tak dapat gambar2 tu... hahaha!



Dan kebetulan Ahad minggu ni aku takder kelas, so bolehla aku isikan dengan aktiviti hiking yang semakin mendapat tempat kat jiwa aku dan suami. Acececeh!! Dan aku pun join team Bear untuk menakluki Puncak Gunung Ledang ni...



Dalam kul 6 aku dan suami dah sampai kat surau Sagil ni.. tengok ada juga yang lain2 dah berkumpul kat sana, tapi aku tak sure team mana. Dalam kul 7 lebih kami gerak ke Hutan Lipur Gunung Ledang via Sagil..



Pendakian kami bermula jam 8.55am dan terdiri daripada 23 orang peserta termasuk 3 guider. Mak aihhhh... mula2 pendakian jer dah melalui beratus ratus anak tangga... matilanakkkkk! hahahah... belum apa2 dah pancit... tapi teruskan jugak la, takkan nak menyerah kalah macam tu jer... yer tak????



Aku tengok orang orang muda ni rilek jer diorang. Langkah laju jer.. Tetiba rasa menyesal kenapalah dulu masa muda muda aku tak buat semua ni??? sekarang bila umur dah masuk 36 tahun, barulah sibuk nak hiking sana sini. Stamina tak macam orang muda.  Pewai. hahaha!



Tapi lantaklah kan??? yang penting semangat tu ada...



Dah dah meh tengok jer gambar2 ni... tapi entah kenapa memang takder mood nak bergambar. nak keluarkan kamera pun rasa malas. hahahah!









Semenjak turun dari Gunung Ledang, aku elergik nak makan KFC. Blacklist terus! hahaha

abaikan penampakan lemak2 kat badan tu... ye ye aku tau berat aku dah naik 11kg sejak raya aritu... (mencikkkk!!!)





Tu dia Batu Hampar... tarik nafas sat!


semput weh!!!
Jauh lagi ke wehhhh!!!

Asben posing kat Taman Bonsai

pewai!!







Yeah!! hampir ke puncak...

Tangga abang bomba i love you yang terakhir....

eh eh! ingat dah takder tangga... rupanya ada lagi... huhu!

Yesssss!! walaupun slow tahap siput khinzir, jam 2.25pm sampai jugak aku ke puncak Gunung Ledang...



mencik pulak kita bila gambar jadi macam ni...







Ni seru nama grup kitorang kat puncak... manalah tahu nanti ada rezeki kami akan sama2 daki ke sini lagi.
 Alhamdulillah. Tepat jam 6.40pm aku berjaya jejakkan kaki ke alam nyata. Dan esok, satu ketabahan yang memuncak apabila aku kerja, tak cuti.



Matilanakkkkkk!


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea