Kawan2Ku

13 Oktober 2016

Titian Silara FRIM Kepong (Canopy Walkway)

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Oktober 13, 2016
Assalamualaikum wbt..





Korang pernah tak pergi Canopy Walk kat FRIM ni? Sebenarnya aku pun baru tahu pasal aktiviti ni daripada Geng2 Outdoor Subang Jaya... serius padahal dulu masa aku kerja kat Bandar Baru Selayang, hari hari lalu jalan besar depan FRIM ni... tak sangka pulak aku siap ada air terjun lagi kat dalam tu.





Bila dah tau ada Canopy Walk kat FRIM tu, maka bermulalah acara risik merisik melalui pakcik google yang sentiasa sedia membantu. Yerla, dulu pernah jugak la merasa pergi Canopy Walk kat Poring, Sabah... Itupun tahun 2013... tak tau pulak yang dekat sini pun ada.





Ermmm.. ingatkan boleh walk in jer... rupanya kena booking dulu.. dan setelah beberapa kali cari dan tukar tarikh (sebab penuh), akhirnya dapat juga tarikh 1/10/2016 untuk kami Geng Outdoor Subang Jaya (GOSJ) buat aktiviti Canopy Walk ni.. Asalnya kami ingat nak booking untuk 15 orang jer memandangkan ada yang masih tak berikan kata putus. Tapi kami terpaksa booking awal sebelum penuh. Dan aku buat keputusan untuk tambah lagi 5, mana la tau kan kut2 ada yang nak ikut last minute. Dan jangkaan aku tepat. Ramai pulak nak ikut di saat2 akhir... Tapi aku terpaksa bagi mana yang confirmkan awal jer. Maka lengkaplah lineup canopy walk seramai 20 orang. Alhamdulillah.





Jom la tengok gambar2 kami ni.. mana tau korang pun berminat nak buat aktiviti ni nanti...




























ni barisan peserta yang paling belakang sekali. Boleh plak posing sorang2 amik gambar... yang lain2 semua dah kedepan tinggalkan kami... haha!












Apa yang aku nak cakap, Canopy Walk ni memang best walaupun kena trekking yang agak panjang sebelum sampai ke platform Canopy Walk.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea