Kawan2Ku

21 Januari 2017

Abseiling @ Sungai Pisang, Gombak

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Januari 21, 2017

Assalamualaikum wbt


Aktiviti : Water Abseiling
Lokasi : Air Terjun Sungai Pisang, Gombak
Tarikh : 21 Januari 2017

Sebenarnya kalau ikutkan tarikh ni, plan asal aku nak pergi panjat Gunung Baling. Tapi disebabkan oleh terpengaruh dengan geng2 yang lain nak pergi buat water abseiling ni, akhirnya aku terpengaruh jugak. Takperla... Gunung Baling tu akan menyusul kemudian, tapi tak tahu bila.. hehe

Kami tiba ke starting point di Gombak lebih kurang jam 6.40am setelah singgah di Petronas untuk Solat Subuh. Sementara tunggu peserta lain kami bersarapan dulu di warung depan institut memandu SKEM.

Dari starting point nak ke Sungai Pisang memerlukan kami untuk trekking antara 25 - 45 minit bergantung kepada pace masing2. Memandangkan kami ni wanita2 yang setiap tempat nak berhenti untuk bergambar, maka perjalanan menjadi lebih lama dari yang sepatutnya... *wink wink

Sampai ke air terjun, kami sibuk dengan kamera masing2. Haha... Bukan apa, sengaja isi masa sementara organizer setup semua untuk memulakan aktiviti. Bila semua dah siap, kami pulak takut2 nak buat, tak nak jadi orang yang terawal. Lepastu menyesal sebab bila masing2 dah bertenang, semua nak buat cepat. Hahaha.. Akhirnya aku n the gang jadi antara orang yang terakhir sekali. Takper la.. takder hal pun.. cuma perut jer lapar ya amat.

Wefie... acara wajib








berdebar-debar

itu aku... seriau eh! hahaha








First time kenal dan jumpa diorang ni, Kak Rosza dan Alin masa camping kat Lata Lembik. Lepas tu terus jadi kawan sampai sekarang... diorang memang best!

dalam proses...

lepas keletihan bermain dengan air, sampailah masa untuk makan santapan yang organizer sediakan... BBQ



Pengalaman baru yang tak akan aku lupakan.. yang pasti, aku dah mula jatuh cinta dengan aktiviti ni.. ngeeeeeeeeeeeeeeee!











0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea