Kawan2Ku

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

16 September 2017

Hiking @ Bukit Batu Putih 3.0

Assalamualaikum wbt...

Dari Bukit Melati, Nilai kami terus ke Tanjung Tuan, Port Dickson untuk sambung hiking kami di Bukit Batu Putih. Ni semua gara-gara melepaskan gian la ni, dah lama tak hiking. Jadual padat dengan kerja dan kelas. So bila ada masa terluang, aku gunakan dengan sepenuhnya untuk diisi dengan aktiviti luar.

Mat Saleh ni nama dia Alfonso. Kerja kat Maxis, KL dah 2 tahun. PM jika berminat. #eh ... hahahah :)







Macam biasa, lepas hiking pergi cari makan. Adeh. Camana nak kurus camni. Makin gemuk ada lagi laaaa...

Lokasi makan : Ayam Bakar Pasu Telungkup, Port Dickson... boleh tahan sedap la masakan dia. Daging salai masak lemak cili api pun ada... memang favourite aku tu..

hehe!


1 comments:

Kak Wawa berkata...

hensem mat saleh tu. ehh.. hehe

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon