09 Oktober 2017

Hiking @ Gunung Chabang


Assalamualaikum wbt...

Gunung Chabang.
Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak pergi ke tak hiking kat Gunung Chabang ni ikut trip Pelancong Gunung Osem (PGO), sebab idola kami pun ada join sekali. Idola yang aku maksudkan tu ialah As Hassan, seorang pendaki wanita yang kami jadikan sebagai idola, lebih-lebih lagi si Yatz.

So aku pun tanpa google keadaan Gunung tu camana, aku setuju je untuk join diorang. Apa yang aku tau diorang cerita, hutan mossy kat gunung ni walaupun tak secantik dan setebal Gunung Irau, tapi keadaan trek dan mossy masih dara kerana gunung ni masih tak ramai pendaki yang ke sini. Ni yang buatkan aku tak fikir panjang untuk setuju mendaki Gunung Chabang ni.

So pada hari kejadian, aku, asben, Ila dan Yatz, kami gerak dari rumah lebih kurang jam 1pagi, 8/10/2017 menuju ke Sekolah Kebangsaan Pos Raya, tak jauh dari Simpang Pulai (arah ke Cameron Highland). Sampai sana kami tumpang tidur dan solat subuh di surau sekolah tu sementara tunggu siang. Lebih kurang jam 7 kami gerak ke starting point di Pos Selim. Bayaran parking dikenakan mengikut mood pakcik orang asli kat situ. Kami bernasib baik kerana hanya perlu bayar RM10 untuk satu kereta (sebelum ni ada grup lain yang kena sampai RM25)

Kami mula gerak dari starting point lebih kurang jam 8.15am melalui perkampungan Orang Asli dan kemudian menyeberangi anak sungai.

First impression aku pasal gunung ni (sebab tak google awal2 kan..)

 "uwaaaaaaaaaa!!!! nape mendaki jer niiiiiii tak jumpa landaiiiii"

Betul beb. Dengan dah lama tak training, stamina pun takder. Dan inilah satu2nya gunung yang buat kaki aku krem. Awal2 pendakian pulak tu yang krem. Stress mak! Nyaris-nyaris lagi aku nak surrender. Mujur semangat aku yang tak mau repeat telah menguasai aku. Walaupun slow, tapi alhamdulillah aku berjaya juga sampai puncak.

Kat Pos Selim, sebelum memulakan pendakian..

Santai2 jer sebab kaki sakit.. santai sambil menikmati keindahan hutan...






















Gambar ni As Hassan yang amik okeh..











Add caption

beria posing kat sini.. tetiba dengar suara orang jerit " korang buat apa kat snaa hoiiiii!!! tu tandassssss!!! "
hahaha okeh2.. kami dah masuk wilayah tandas rupanya...  patutla pokok sana segar2... haha!


Bersama peserta2 lain di puncak Gunung Chabang




si Apis ni selamba jer bawak kek naik puncak gunung tanpa rosak kek tu. Kalau aku, bawak roti pun roti kemek. (Pinjam ayat As)
tayang muka bawah beirut...

Kami gerak dari puncak GC lebih kurang jam 3.15ptg.. Sampai puncak Botak kami rilek2 lagi tunggu awan buka pemandangan yang tertutup kat sana.. Konon2 nak tunggu pemandangan cantikla.. tapi tunggu2 tak terbuka juga. Last2 amik keputusan untuk teruskan perjalanan turun ke bawah. kami sampai ke starting point lebih kurang jam 8.30malam setelah beberapa kali berhenti rehat. Trek licin bukan main lagi, memang main gelongsor je la aku. Hahaha!

Sampai bawah, baru la aku sibuk nak menggoogle pasal Gunung Chabang ni. Rupan-rupanya Gunung Chabang ni biasa orang buat 2 hari 1 malam, camping kat Puncak Botak. Kami jer terlebih 'padu' buat depek.

hahaha! menangis!!!













0 comments:

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon