Kawan2Ku

Al - Kisah

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

20 Januari 2018

Hiking @ Bukit Senaling, Negeri Sembilan.

Assalamualaikum wbt...

Bukit Senaling. Lama betul kami rancang nak pergi sini, tapi asyik tak menjadi jer. Macam-macam dugaan. Tapi kali ni, aku dengan Yatz ambik keputusan untuk pilih satu tarikh, dan kami akan pergi siapa yang ada jer. Maksudnya siapa yang ada hal lain, hye hye bye bye la jawabnya... tak boleh nak cukupkan ahli, sebab setiap minggu masing2 ada plan tersendiri.

Sampai hari kejadian, yang confirm nak pegi cuma aku, yatz, ila dan cik nizam. So aku dengan yatz dari Subang gerak dalam kul 5am, dan berhenti untuk ambik Ila kat Gateway Seremban dalam kul 5.30am. Malangnya Ila tak dapat dikesan. Tunggu punya tunggu dia tak sampai, kami ambil keputusan lepas subuh terus gerak ke kaki bukit. Dalam kul 7 baru Ila call, dia minta maaf sebab dia terlajak tidur disebabkan kesan ubat yang dia ambil sebelum tidur sebab dia tak berapa sihat. Takperlah.. nak buat camana.. takder rezeki dia nak join sekali..

Sampai kat kaki Bukit Senaling dalam kul 7.15am.. terlambat skit sebab kami tersesat. Cik Nizam yang dah sampai awal mintak bantuan guider bantu kami cari jalan. Hahaha adoi. So guider tu jemput kami kat Petronas. Alhamdulillah...


Rezeki kami, kali pertama naik Bukit Senaling, terus dapat view awan karpet yang awesome ni.. menurut cakap encik guider, dah 10 hari awan karpet tak keluar, dan hari ni masuk hari kesebelas, baru awan karpet menampakkan diri. Syukur ya Allah. Tak payah nak repeat Bukit Senaling lagi lepas ni... ngeeeee!











tak sempat sampai puncak lagi dah tak sabar nak amik gambar... lawo hoi!




Bukan nak cakap apa la... tapi tetiba je aku rindu kat Senaling ni... macma kena repat gak ni... hahaha

0 comments:

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon