14 Oktober 2018

Hiking @ Bukit Taisho, Bahau


Assalamualaikum wbt...

Sekarang ni, pantang dengar kalau ada bukit2 yang kita boleh dapat view awan karpet, mesti hati meronta2 nak pergi. Begitulah dengan khabar yang tersebar luas tentang Bukit Taisho yang terletak di Bahau, Negeri Sembilan ni... Bila dapat je tau, terus kawan aku nan senget tu, Yatz ajak kami ke sana. Dan aku... layankan jer la.. kebetulan minggu tu aku takder kelas atau aktiviti lain. Lagipun, alang2 dah sampai Bahau, bolehlah aku lajakkan sikit ke Segamat... Balik kampung...



Dugaan nak ke Bukit Taisho ni, waze sabotaj kami. Berjam jugalah kami nak cari starting point. Boleh pulak waze bawak kami ikut jalan lain... kawasan perkuburan pulak tu. Seremmmmmm! Dan akhirnya setelah hampir putus asa, kami singgah kat Balai Polis untuk tanya jalan.. rupanya kena masuk simpang balai polis tu jer, tak jauh dari situ. Fhewwww! 

Macam biasa la... semangat itu penting...

Kena susur ikut tepi ni....


Sepanjang trek kita akan lalu kebun sawit orang.. Trek Bukit Taisho ni boleh dikategorikan sebagai sangat senang. Sepak-sepak batu jer dah boleh sampai puncak. Tak percaya trylaaaa.. Dah le senang, view cantik pulak tu. Berbaloi-baloi...






Tak tau camana si Rakun ni boleh terlepas atas bukit tu... siap ada apek nak tembak.. binatang terlepas katanya... (kejam!) hahaha
Kanak-kanak riang ria, membuatkan hari makin ceria..








Nampak aku pulak yang paling over. hahaha



Rakun memang tak boleh jumpa serigala. Rasa nak tembak jer serigala tu... bang bang bang!



Turun dari Bukit Taisho, terus balik Segamat jumpa mak abah. Rinduuuuu... ngeeeeeeeee!

0 comments:

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon