25 Februari 2019

Status Blog #116



Quote sempena hari gaji. Normal la kan kalau tersenyum sorang-sorang.

Ngeeeeeee!

24 Februari 2019

Aku, Dia Dan Tiket Sunway Lagoon

Assalamualaikum wbt..

Korang mungkin ada kawan rapat kan? Dan semestinya korang tentu ada kawan yang tak berapa nak rapat. Juga kawan yang kurang rapat, tak kurang juga kawan yang hampir rapat. Faham? Tak faham sila abaikan sebab aku pun sama tak faham...

Dan hari ni, disebabkan seorang kawan (yg aku pun tak pasti termasuk dalam golongan mana - yang pasti bukan kawan rapat sangat) mood aku down dari tengahari sampai ke petang.

Macam ni ceritanya (kalau korang rajin la nak baca)

Alkisah... dalam Januari aritu aku tension sesangat. Ye la.. suami dengan anak2 aku kan semua menetap kat Johor... aku jer sorang2 terkontang kanting kat Subang ni.. aku pasrah dan redha memandangkan aku pun masih perlu hadirkan diri kat kelas (biasalah.. dah tua2 baru ingat nak belajar)... walaupun pasrah dan redha, kadang2 ada masa aku rasa stress sangat lebih2 lagi bila aku dok sorang2 kat rumah. Kalau lah dinding, lantai ngan pintu tu boleh bercakap, memang aku berborak dah ngan diorang  diabarang...

Oleh sebab masa tu tahap stress aku agak tinggi, ditambah pulak dengan anak2 naik sekolah tapi aku tak dapat jalankan tanggungjawab aku sebagai mama (buat bekal, sediakan baju, dll), maka terbitlah rasa nak pergi bercuti untuk tenangkan fikiran. Alah. Cuti yang dekat2 je.. kalau cuti jauh2 baik aku bercuti kat kampung. Masa ni la aku dok usha beberapa orang kuat, kut2 diorang ada kenalan dan boleh dapatkan aku tiket free... dapat sekeping untuk aku pun dah syukur Alhamdulillah...

Dan akhirnya...


Salah sorang pegawai dapatkan aku tiket. Alhamdulillah... tapi tiket tu kena guna sebelum 28/2/2019... so aku ada beberapa hari je lagi... kalau tak memang burn laaaa... Asalnya aku simpan gak dulu sebab asben aku kata nanti dia nak join aku g Sunway Lagoon jugak (walaupun tiket kena beli sendiri)... tapi disebabkan lambat sangat dia nak balik sini, so aku redahlah sorang2... takder hallah...




So pagi tadi, lepas aku masak makaroni goreng dengan buat roti telor, aku pun gerakla pergi SL... sampai sana, macam biasa la bergambar dulu n upload masuk kat status wasap. Penting ni supaya tuan yang beri tiket tu tau yang aku dah gunakan tiket tu... takder la nanti dia kata sia2 bagi aku tiket tapi aku tak gunakan.

Lepas aku update status wasap tu, tetiba ada yang reply status wasap aku tu. Nak tau dia cakap apa?


Ada ke dia kata aku makan sorang2??? Apa maksud dia ni??? Dia nak cakap aku ni pentingkan diri sendiri ke? Memang aku hanginla satu badan. Masa ni aku tak jadi nak terus masuk SL... aku ambik keputusan nak ke foodcourt Jusco dulu. Aku beli air, aku duduk kat meja. Masa ni la meleleh-leleh airmata aku... sedih. Sedih bila kawan sendiri tuduh aku pentingkan diri sendiri, sedangkan nak dapat sekeping tiket tu pun aku sabar menunggu dekat sebulan.

Dan aku... memang balas balik la apa yang dia cakap tu. Memang aku menjawab sehabis menjawab. Seingat aku dulu masa jawab SPM pun aku takder nak menjawab panjang macam ni.

Bila dia tengok aku berleter panjang lebar (yang ni aku tak payah bagitau/ screenshot la apa yang aku bebelkan), tetiba dia balas macam ni...


Whattttt??? Dah tu... yang dia pertikaikan tadi untuk apa???

Apa niat dia sebenarnya ni??? Nak sakitkan hati aku??? Kalau niat nak sakitkan hati aku (macam dia biasa buat)... tahniah la... memang ko dah berjaya. Sampai aku balik pun meleleh2 air mata + hingus aku bila teringat apa yang dia cakap tentang aku tu.

Sedih + sadis = sesad

Dah la. Malas nak cerita lagi. Tengokla. Esok lusa kalau aku terserempak dengan dia, aku buat2 tak kenal je. Psycho!

***Nasib baikla ada kawan lain yang buat aku gelak tak henti. Sekurang2nya terhibur skit rasa hati. Yang tadinya hampir separuh mati. Mengingat kawan yang lupa diri. Akan aku ingat di kemudian hari. Bersama luka yang kau beri. Ah aku sudah merepek lagi. Baik aku berhenti disini.

Daaaaaaaaaaaaaaaa!

(Entry kali ini sekadar luahan perasaan..)


D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon