Kawan2Ku

26 November 2015

Lawatan Kebajikan Ke Hospital Melaka

Posted by Dalia Hassan at Khamis, November 26, 2015 0 comments Links to this post

Assalamualaikum wbt

Kelmarin (Selasa) aku ke Hospital Besar Melaka untuk menziarah anak kepada seorang anggota trafik, Encik Poasa yang dimasukkan ke ICU kerana menghidap penyakit SLE. Norfaezah Binti Poasa. Baru berumur 22 tahun. Aku pergi bersama 3 yang lain. Jah, Seha dan Samsun dengan menaiki kereta pasukan.

Simpati kat keluarga pesakit. Tapi apa yang kami mampu lakukan.. hanya mampu memberi sokongan moral kepada ahli keluarga dan juga doa.

Semoga beliau cepat sembuh dan meneruskan kehidupan seperti sediakala. In Shaa Allah.. Amin..

Sebenarnya, terlalu banyak cerita yang diceritakan oleh ibunya.. luahan rasa tentang kawan kawan dan bekas tunang faezah.... sampai bila aku dah balik pun aku dan ibu beliau masih lagi bercerita di whatsapp.. ianya terlalu peribadi untuk aku ceritakan kat sini.






Balik dari Hospital Melaka, kami singgah ke Pantai Klebang semata mata untuk beli Coconut Shake Ori yang terkenal kat sini.. tapi memandangkan aku masih dalam diet, so aku cuma tengok jer la mereka mereka ni minum sambil aku menelan air liur. Takper takper... bila aku dah kurus nanti akan ku ke sana cari coconut shake ori ni.. hehe!



gigih Seha beratur

Yer la yerla Jah oiii.. tak pah nak tayang sangat coconut shake ko tu...

Amboi abam polis merangkap artis sendu yang selalu kuar kat tv  berlakon jadi polis.. beria ko sedut coconut shake tu yer.. aku kat sebelah ni menahan rasa jer.. 





Reinkarnasi 074 : Banding

Posted by Dalia Hassan at Khamis, November 26, 2015 0 comments Links to this post


Aku tahu, dia lebih sempurna.
Dia lebih rupawan.
Dia lebih bijak mengatur senyuman.
Dia ada segalanya, yang satu dunia manusia idamkan.

Cuma aku juga manusia.
Yang terasa teruk,
Apabila orang yang paling aku sayang,
Memuji yang lain seolah aku tidak sempurna.

Aku terasa.



The Faiz Ibrahim

Reinkarnasi 027 : Kalaulah Itu Aku

Posted by Dalia Hassan at Khamis, November 26, 2015 0 comments Links to this post

Melihat kau ketawa riang,
dengan orang selain aku,
betul - betul buat aku cemburu.

Kalaulah itu aku.
Pasti lebih indah,
sekurangnya untuk aku.


The Faiz Ibrahim

24 November 2015

Zalora : Fesyen Tudung Remaja

Posted by Dalia Hassan at Selasa, November 24, 2015 1 comments Links to this post

Assalamualaikum wbt...


Di Malaysia tudung adalah satu jenis aksesori fesyen Muslimah yang sangat popular. Ini kerana sudah menjadi kebiasaan untuk kita melihat wanita yang memakai tudung ketika berada di luar tidak seperti di luar negara yang ada kalanya ia mungkin agak asing. Sudah pasti faktor ini didukung oleh hakikat bahawa majoriti dalam kalangan komuniti kita adalah beragama Islam walaupun sebenarnya kita mempunyai kelompok masyarakat yang berbilang kaum dan agama. 



Menyentuh tentang tudung, saya sangat gembira melihat perkembangan trend fesyen Muslimah terkini yang sedang hangat dalam industri fesyen Malaysia. Fenomena yang luar biasa ini telah melahirkan banyak koleksi fesyen tudung remaja terkini dengan pelbagai gaya fesyen tudung terkini yang sangat menarik. Pelbagai variasi stail tudung terkini untuk remaja boleh didapati dalam pasaran. Terdapat juga koleksi tudung terbaru wanita yang boleh didapati secara online di butik pakaian Muslimah online. Banyak juga faktor mengapa tudung terkini yang ada sekarang ini menjadi pilihan ramai hijabista di luar sana.




Rekaan tudung untuk remaja terkini dilihat lebih segar jika hendak dibandingkan dengan dahulu. Ianya memberikan peluang untuk remaja yang memakai hijab untuk kelihatan lebih bergaya ketika berada di luar rumah. Ini juga memberikan mereka keyakinan yang lebih untuk berhadapan dengan orang lain.


 Tudung remaja moden yang terbaru hadir dengan variasi pilihan warna dan corak yang mengagumkan! Pilihan yang cukup pelbagai ini menambahkan lagi populariti tudung terkini dalam pasaran fesyen Malaysia.Trend fesyen tudung remaja online terkini yang sedang popular ini memberikan kelebihan yang nyata when it comes to accessorising. Pemilihan tudung dengan gaya yang terbaik dapat membuka ruang untuk beraksesori.


23 November 2015

Reinkarnasi 103 : Makan

Posted by Dalia Hassan at Isnin, November 23, 2015 3 comments Links to this post

Satu yang aku simpan kata-kata abah,

"Bila kau makan, jangan sekali kau berkira"

Tak kira sama ada untuk kau makan sendiri,
atau untuk beri orang lain makan.

Kerana makanan itu rezeki.
Jika kau menahan rezeki,
itu mungkin boleh rosakkan hati.



The Faiz Ibrahim



Reinkarnasi 034 : Semalam

Posted by Dalia Hassan at Isnin, November 23, 2015 0 comments Links to this post

Semalam kita bergaduh,
dan aku betul tidak senang.

Kan mudah jika kau mengaku salah,
dan habiskan pertelingkahan bodoh ini.

Jujurnya aku sudah mula merindu kau.

Cepatlah pujuk.
Cepatlah.
Kali ini giliran kau.



The Faiz Ibrahim



22 November 2015

Reinkarnasi 099 : Wanita dan Makan

Posted by Dalia Hassan at Ahad, November 22, 2015 0 comments Links to this post

Wanita itu makannya tanpa sebab.
Makannya tak perlu ikut waktu.
Jika dia mahu makan.
dia mahu makan.

Kau jangan halang,
itu mungkin boleh buat dia berang.


The Faiz Ibrahim





21 November 2015

Rehabilitasi : Mari Kita Jangan Bercinta

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, November 21, 2015 2 comments Links to this post

Hey, semalam aku seronok.
Kita keluar bersama.
Kita cerita hal itu, hal ini,
hingga kita lupa kira detik masa hingga ke larut pagi.

Aku tenang apabila berkongsi kata.
Seolah kata aku diterima.
Seolah ada yang peduli.
Seolah ada yang dengar walau ayat aku ini tidak berisi.

Sumpah aku kata, aku tidak tahu untuk mahu rasa apa.
Bersama dengan kau itu indah,
kau punya segala yang aku mahu.
Kau baik, kau ada ciri pasangan yang aku suka.
Dan, kau juga sudah berpunya.



The Faiz Ibrahim
Rehabilitasi



Lirik Lagu : Cinta Ini Membunuhku ~ D'Masiv

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, November 21, 2015 0 comments Links to this post


Assalamualaikum wbt...

Haishhh laaa... aku dah tersuka lagu ni sejak Jenna Nick nyanyikan lagu ni kat Akustika Hot FM... Sekarang ni aku asyik ulang dengar je lagu ni.. takperla... kita dengar sampai muntah dan bernanah telinga okayyyy!



 CINTA INI MEMBUNUHKU

Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan


Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan



Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu

Cinta ini membunuhku

ooooooo......

Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

ooooo... oooo... hooo.. haaaa


Lelah hati ini meyakinkanmu

Cinta ini.... membunuhku.....


20 November 2015

Reinkarnasi 007 : Menanti

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, November 20, 2015 0 comments Links to this post

Dia cekal hatinya,
ditinggalkan dan masih menanti.

Pabila ditanya alasan, dia terdiam.
Dikatanya sayang kenangan lama.

Bohong.

Yang dia sayang jujurnya lelaki itu,
walau lelaki itu banyak nakalnya.

Tapi dia, masih beri ruang.
Dalam diam, masih mengharap.
Segala suara dan nota masih disimpan rapi.
Betapa naif dia.
Masih mengharap indahnya dulu bisa kembali.

Dia kata dia nak mula semula,
tapi hatinya enggan.

Tidak mengapa, beri dia ruang dan masa.
Jika dia betul sedia, dia akan cuba semula.

Ini perjuangan dia,
dia tahu apa yang dia betul mahu.

Jangan paksa.
Dia hanya perlu masa.


The Faiz Ibrahim

Reinkarnasi 044 : Warkah Buat Mak

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, November 20, 2015 0 comments Links to this post

Mak, kalau anak mak ini tersasar,
mak boleh tegur.
Sebelum semakin jauh sasarnya.

Mak, kalau anak mak ini biadap,
dengan kata-kata,
sama ada sedar atau sebaliknya,
mak ucapkanlah sahaja.
Mak marahkan sahaja anak ini.

Mak, kalau anak mak ini kecewakan mak.
Anak mak ini nak minta maaf.
Mungkin dah cuba tapi Allah tak beri.

Mak, kalau esok nyawa anak mak ni tiada,
anak mak ni nak ucap,

Terima kasih jadi mak yang paling indah di dunia.
Mungkin jarang cakap berhadapan kerana malu,
tapi anak mak tahu yang maknya ini sudah tahu.
I love youuuuu.


The Faiz Ibrahim



19 November 2015

Status Blog #56

Posted by Dalia Hassan at Khamis, November 19, 2015 0 comments Links to this post

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku cuti. Terpaksa ambil cuti kecemasan sebab anak aku si Arissa demam pulak.. sebenarnya dari semalam dia dah demam, tapi aku hantar taska macam biasa. Malam semalam lemah je aku tengok dia, badan panas. Aku pun tak berani nak tidur lena, takut panas sangat. Dan aku sentiasa jaramkan dia dengan air asam jawa agar hilang panas badan.

Pagi pulak, dah janji dengan si kakak nak buatkan dia roti sosej gulung bersalut telur untuk jamuan kelas dia hari ni. Plan asal nak masak seawal pagi sebelum pegi keje, memandangkan aku terpaksa ambil cuti, pukul 9 lebih baru aku siapkan..

Dan inilah hasilnya...



Oleh sebab aku tengah berdiet (konon2), so aku memang tak makan pun roti sosej ni.. tapi yang peliknya, Ainul balik sekolah tadi bawa balik apam polka dot dengan bahulu, selamba je aku makan. Dah kenyang, tetiba je rasa menyesal... punah dietku.. ngeeeeee!

Okla.. tu je nak cerita tentang hari ni. Yang pasti aku kat rumah di buli oleh budak demam tu. Walaupun demam, dia tetap aktif.. macam biasa.. heh!

17 November 2015

Status Blog #55

Posted by Dalia Hassan at Selasa, November 17, 2015 0 comments Links to this post

Kawan oh kawan...
Dah berbelas tahun kita tak jumpa,
Ko dah kenapa tetiba masuk mimpi aku?
Ko ok ker?


16 November 2015

Reinkarnasi 108 : Hormat

Posted by Dalia Hassan at Isnin, November 16, 2015 0 comments Links to this post

Hormat.
Dua patah kata.
Sebutnya mudah.
Lakunya sukar.

Tapi yang mudahnya,
hormat aku, akan aku hormat kau.
Mudah



The Faiz Ibrahim

15 November 2015

Agar - Agar Terlajak Santan

Posted by Dalia Hassan at Ahad, November 15, 2015 1 comments Links to this post
Agar2 terlajak santan. Malam semalam buat, pagi tadi licin.. so ptg td mama buat lagi atas permintaan dak tecik..

"ma kacih mama... nak agi..."

hehe!


Ni yang aku buat petang tadi...

Ni yang aku buat malam tadi...

09 November 2015

Status Blog #54

Posted by Dalia Hassan at Isnin, November 09, 2015 0 comments Links to this post

Ermmm.. aku dah terjatuh cinta dengan buku 'REINKARNASI' yang ditulis oleh adik kepada sahabat aku masa kat Uitm Segamat dulu, Fazli Ibrahim iaitu Faiz Ibrahim.

Ada sesetengah tu memang kena kat batang hidung aku sendiri... ada pula yang ada kaitan dengan keluarga sendiri, juga kaitan dengan teman-teman rapat...

Ada juga yang aku suka dengan ayat dan gaya bahasa yang digunakan.

Mana yang aku rasa menarik, aku akan kongsikan dalam entry aku... In Shaa Allah...


Reinkarnasi 017 : Jaga Hati

Posted by Dalia Hassan at Isnin, November 09, 2015 2 comments Links to this post

017 : Jaga Hati

Hello, ada satu hal aku mahu bicara.
Kau nak tahu satu fakta?

Manusia semua ada hati.
Dan hati kau lain dari yang lain.

Cakap sikit terasa.
Cakap sikit merajuk.
Cakap sikit mengamuk.

Hati kau ni pelik dan nampak sampah.
Buat yang lain rasa menyampah.
Ya, kau ada hati.
Tapi itu tidak bermakna semua kena jaga hati kau seorang,
dan hati orang lain tiada rasa macam barang.

Agak-agak sikit.
Sebelum hati kami tidak tahan sakit.




The Faiz Ibrahim

Simpanan Emas : Kempen 1 Gram 1 Bulan

Posted by Dalia Hassan at Isnin, November 09, 2015 6 comments Links to this post

Assalamualaikum wbt...

Ahad lepas aku tertengok rancangan Nona kat TV3.. Almaklumla, kebetulan Sabtu dan Ahad lepas aku memang takder kelas.. so memang free la waktu tu...

Salah satu slot dalam Nona tu adalah pasal emas. Simpanan emas dan kebaikan serta faedah menyimpan emas memandangkan sekarang ni kadar matawang kita semakin lemah. Tak stabil. Nampaknya emas je la yang tak ada susut nilai. Sentiasa berdiri megah sejak dari zaman dulu lagi...

Gila kan??? sampai RM503 / gram... seingat aku zaman yang aku mula2 curi2 dengar kakak aku bercerita pasal harga emas ni dengan mak aku, waktu tu RM40 je per gram... sekarang??? akan datang????

Tetiba jer hati aku terbuka untuk membuat simpanan emas ni... sebenarnya kawan aku, Yana dah lama ajak aku join dia buat simpanan emas ni, tapi masa tu hati aku tak terbuka lagi.. tapi lepas tengok Nona aritu, terus aku whatsapp dia tanya macamana aku nak join jadi ahli...

Dan bermulalah semangat dan azam baru aku iaitu : 1 Gram 1 Bulan.....

 chayyo chayyokkk!

Eh eh! Asalnya aku jadi ahli sebab aku nak beli dengan harga ahli... rupanya sambil2 tu boleh juga dijadikan pendapatan sampingan. Alhamdulillah. Dapat juga tambah sikit2 duit perbelanjaan bulanan aku yang selalu ketandusan kasih sayang tu. haha!

So.. kalau sesiapa yang berminat nak join aku dalam simpanan emas ni, jangan malu jangan segan2 yer.. meh klik link kat bawah ni...

Meh aku kongsi serba sedikit pasal emas ni... (ala... aku pun kopipes jer...)


Kenapa Perlu Simpan Emas?

Emas tahan inflasi dan kegiatan ekonomi. Simpan emas, tak takut kenaikan harga barang (inflasi), tak takut bila duit ringgit (RM) lemah, tak takut kalau negara tak stabil, berlaku peperangan dan sebagainya. Emas penyimpan nilai sebenar. Ia akan sentiasa bernilai sepanjang zaman dan dimana sahaja seluruh dunia. Harga emas juga semakin naik dari masa ke semasa. Ini peluang anda untuk menggandakan aset demi masa depan yang lebih cerah.
Okeylah..  kalau nak tahu lebih lanjut pasal simpanan emas ni, klik je link yang aku bagi tu...




Yeahhhh! Inilah simpanan emas pertamaku.. haha! Alhamdulillah..  sampai ketangan dengan selamat... 





Reinkarnasi 005 : Cinta

Posted by Dalia Hassan at Isnin, November 09, 2015 0 comments Links to this post

005 : Cinta

Cinta itu apa?

Kau cakap kau suka dia?
Lepas itu terus bersama?

Salah.

Cinta itu bila kau lihat dia,
kau tersenyum tanpa sebab dan jawapan.

Cinta itu, bila kau dengar suaranya,
kau rasa tenang walaupun isinya menjengkelkan.

Cinta itu, bila kau tidak lihat kelibatnya,
kau tertanya, kau tercari-cari,
seakan separuh hidup kau hilang,
dan dunia bagai dirompak hingga hilang serinya.

Itu cinta.


The Faiz Ibrahim





 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea