Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya dah lama juga simpan hasrat nak ke Bukit Berekeh ni semenjak viral dengan awan karpetnya yang ohsem sangat. Akhirnya setelah berbincang dengan Geng Outdoor Subang Jaya, kami sepakat nak pergi pada tarikh 22/10/2016... Sebulan awal dah rancang, dan memandangkan kami ni pun masih tak biasa dengan dunia hiking ni (newbies), so kami minta bantuan adik Chu Amir ni untuk jadi guider kami. RM10 untuk satu kepala. Okla kan???
Semalam kami ikut program Gaya Hidup Sihat anjuran IPD Subang Jaya trekking ke Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.. Balik dari trekking tu memang tak sempat nak tidur walaupun kejap. Sampai rumah pun dah malam, berkemas dan siap2 then jam 12malam kami dah berkumpul untuk sama2 gerak ke Sungai Siput, Perak. Walaupun encik asben yang drive, tapi aku tetap tak boleh tidur sebab temankan dia berborak. Bahaya jugakla nak biarkan dia drive sendiri, buatnya tertidur susah juga. So aku bertabah ajer la tak tidur dan rehat langsung untuk panjat Bukit Berekeh ni.
Sampai Masjid Bawong lebih kurang jam 4 pagi... tapi kami mulakan pendakian lebih kurang jam 5.20am, terlewat sikit dari perancangan atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan.
Ermmmm... semput jugak rupanya nak naik tu.. ditambah dengan penat trekking semalam tak hilang lagi, dengan tak tidurnya lagi... memang mendapat la... mendapat sakit kepala... haha!
Friday, October 21, 2016
Friday, August 19, 2016
Hiking @ Gunung Senyum, Temerloh
ada masa lain kali in shaa Allah kami akan membuat aktiviti menerokai gua pulak.. |
kakak sado |
perjalanan dimulai dengan melalui ladang kelapa sawit (jalan kaki lebih kurang 30 minit sebelum sampai ke kaki gunung) |
permulaan perjalanan - muka ada ceria.. haha! |
cabaran pertama - tali (bagi yang dah biasa hiking, in shaaAllah tak ada masalah untuk melalui cabaran ni) |
kulalui dengan debaran... (ceh!) |
cabaran kedua - platform (kat sini memang satu cabaran bagi mereka2 yang gayat kerana kita perlu melalui platform dimana bawah adalah jurang. tersilap langkah boleh jatuh ke bawah... tapi in shaa Allah kalau kita fokus dan berhati2, takda apa yang perlu dirisaukan) |
cabaran ketiga - tali lagi.. |
cabaran keempat - paling banyak kita akan tempuhi... memanjat batu batan yang curam... |
jangan pandang bawah.. |
Base 2 : Curam Gurun... memang curam pun...haha! |
ok. ni belum sampai puncak lagi ya... ada separuh perjalanan lagi yang harus ditempuhi... |
cabaran kelima : melalui kawasan yang sangat panas... |
Alhamdulillah... akhirnya berjaya sampai ke puncak... |
cabaran keenam : bila dah sampai puncak, ko dah tak fikir apa dah. semua sudut ko nak bergambar. macam taknak turun bawah dah... haha! |
geng Tebing Tinggi Backpackers (TTB) |
masa untuk kembali ke alam nyata... |
tak pasti yang berbaju merah tu adakah Bear ataupun serigala... haha! (Bear ni ketua kami- dia yang uruskan semua yang berkenaan hiking kami ni) |
Setelah melalui segala pengalaman, akhirnya kami tersenyum apabila berjaya sampai di kaki "Gunung Senyum"
|
Subscribe to:
Posts (Atom)