Kawan2Ku

28 Mei 2016

Status Blog #91

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Mei 28, 2016 0 comments Links to this post


22 Mei 2016

Skytrex Adventure @ Shah Alam

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Mei 22, 2016 2 comments Links to this post

Assalamualaikum wbt...



Ini kisah semalam... membuat aktiviti skytrex di Shah Alam.. sebenarnya memang dah lama teringin nak buat aktiviti ni, tapi asyik tak berkesempatan jer. Then pada April lepas, bincang dengan geng geng "Geng Outdoor Subang Jaya", cuma empat orang jer yang sanggup buat aktiviti ni... masing2 tak yakin dengan ketinggian... gayat.. so, aku, Sue, Ieyla dan Kenz terus pilih tarikh 21/5 untuk buat aktiviti ni. kami ambil pakej Big Thrill... Berempat pun berempat la... janji ada geng yang nak buat bersama2.. hehe!



Pada asalnya, aku ingat pagi tu nak panjat Bukit Sapu Tangan dulu, konon2 stamina kuatla untuk buat dua aktiviti dalam satu hari... mujurlah pagi tu hujan lebat, so aktiviti mendaki bukit tu terpaksa dibatalkan. Tapi sebenarnya aku bersyukur tak jadi nak hiking, sebabnya, lepas buat skytrex ni memang penat sangat walaupun puas hati yang teramat sangat. Aku tak dapat bayangkan kalau pagi tu aku pergi hiking... rasanya pengsan terus kut.. kepenatan... haha!

empat sekawan...
lupa nak tarik nafas... terserlah tayar tu..  hahaha!

Sue senget

Instructor yang terlajak ramah...

Ieyla...

Kenz...








gayat ke tak gayat? haha

main cak cak kat atas pokok...

yang belakang tu Rayyan nama dia...

errrrrr... kat belakang tu rel keretapi ker???
redah jerrrrr...


sebelum balik berborak dengan pekerja sini... peramah betul si Shaz ni... gelak jer manjang... haha!
Pehhhh! Kenangan dan pengalaman yang tak akan aku lupakan. Lepas ni macam nak cuba yang extreme pulak.. confirm lebih mencabar!

10 Mei 2016

Hiking @ Bukit Broga 2.0

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Mei 10, 2016 0 comments Links to this post

Assalamualaikum wbt...



Aku dah mula rasa gian untuk mendaki. Lama sikit tak mendaki aku mula rasa tak keruan. Tak kisah lah bukit apa, asalkan bukit. Tinggi ke rendah ker waima Bukit Bintang, Bukit Jelutong, Bukit Damansara, Bukit Kerinchi, Bukit Aman pun aku tak kisah asalkan namanya bukit.. haha! (senget)



Ahad malam tiba tiba jer aku dapat ilham nak panjat Broga pada Isnin (9/5/2016) pagi tu. Almaklumlah aku off Isnin tu... daripada tak ada apa nak buat kat rumah, baik aku isi dengan aktiviti kan? Dengan persetujuan housemate aku, Isnin pagi kami gerak ke Semenyih dengan penuh doa dan harapan agar hujan tak turun. Dan Alhamdulillah, cuaca cantik!



Seronoknya hiking week days ni, orang tak ramai tak macam kali pertama aku panjat Broga tempoh hari. Waktu tu, kat atas bukit pun boleh jem dengan orang. Ramai sangat... nak bergambar pun kena pandai2 menyelit untuk cari pemandangan yang cantik.Tapi pergi kali ni memang best la.. umpama Broga itu aku yang punyaaaa!! yeaahhh!



Jom tengok gambar2 aku kat sana...


















Membaca Jambatan Ilmu (hoiiii! agak2 la nak membaca kat atas bukit tu!)


Duhai angin... sampaikan salam rinduku pada si dia yang semakin menyepi....






Mak Bedah adik Mak Jemah...





























Sampai rumah, masing2 tertidur, kepenatan... Zohor pun dah kul 3 lebih.. dalam kul 5 lebih, encik asben ajak keluar pegi makan steamboat kat Big Spoon Steamboat & Grill.. sempena hari ibu katanya... aduiiii... baru jer pagi tadi bakar lemak, petang cover balik lemak yang dah terbakar tu.. Isk..

Camana nak kurus ni????
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea