Kawan2Ku

22 September 2017

Hiking @ Gunung Angsi


Assalamualaikum wbt...

Dah sebulan kami plan nak lengkapkan pendakian kami ke Gunung Angsi ni semenjak Ekspedisi Menuju Puncak pada Ogos aritu. Rasa macam bersalah pulak sebab tak sampai ke puncak. Tu yang bila ada public holiday, kami cuba luangkan masa untuk teruskan aktiviti ini.

Macam biasa bila Geng Outdoor Subang Jaya jalankan aktiviti, muka-muka yang sama juga yang akan beraksi. Aku, Ila, Yatz, Kenz dan my partner in crime, Suhaimi a.k.a my encik asben.

Kami kalau hiking, memang akan jadi lambat sampai puncak bukan saja sebab pace kami (lebih tepat lagi aku) yang slow tapi sebab kami banyak berhenti bergambar. Memang lambat la nak sampai puncak. hehe

Malas nak taip banyak2. Nak tunjuk gambar je masa kami kat sana. Macam biasalah, sila jangan muntah hijau sebab banyak gambar syok sendiri. haha!























Masa turun dari Gunung Angsi ni, kami singgah di RNR Ulu Bendul untuk mandi dan solat. Boleh pulak asben aku tertinggal kunci kereta kat dalam. Aduhai. stress betul aku. Kereta tu auto lock, so bila dia nak letak beg dia kat bonet kereta, tetiba kereta terkunci. Memang tak boleh nak fikir apa masa tu. Nasib baiklah ada abam2 sado JPAM dengan brother yang meniaga kat Ulu Bendul tu tolong umpil kereta tu. Alhamdulillah. Berjaya gak buka pintu kereta tu.

Terus kami ke Port Dickson untuk misi memenuhkan perut yang tengah lapar.

16 September 2017

Hiking @ Bukit Batu Putih 3.0

Assalamualaikum wbt...

Dari Bukit Melati, Nilai kami terus ke Tanjung Tuan, Port Dickson untuk sambung hiking kami di Bukit Batu Putih. Ni semua gara-gara melepaskan gian la ni, dah lama tak hiking. Jadual padat dengan kerja dan kelas. So bila ada masa terluang, aku gunakan dengan sepenuhnya untuk diisi dengan aktiviti luar.

Mat Saleh ni nama dia Alfonso. Kerja kat Maxis, KL dah 2 tahun. PM jika berminat. #eh ... hahahah :)







Macam biasa, lepas hiking pergi cari makan. Adeh. Camana nak kurus camni. Makin gemuk ada lagi laaaa...

Lokasi makan : Ayam Bakar Pasu Telungkup, Port Dickson... boleh tahan sedap la masakan dia. Daging salai masak lemak cili api pun ada... memang favourite aku tu..

hehe!


Hiking @ Bukit Melati, Nilai

Assalamualaikum wbt...

Lama sangat tak hiking... so cuti Hari Malaysia aku cuba curi masa untuk hiking, hilangkan rasa kerinduan pada alam dan bau huitan. Asalnya sepatutnya aku naik ke kem Lolo hari ni, tapi memandangkan hujan, kami ubah haluan ke Bukit Melati, Nilai.

Ni kali pertama kami ke Bukit Melati... nasib baiklah ada pakcik waze yang bantu kami sampai ke destinasi.

Hehe.




















laki bini senget

Boleh tahan semput jugak naik Bukit Melati ni. Almaklumlah dah lama tak training, lemak2 kat badan pun dah mula membiak. Sedih. huhuhu

Turun dari Bukit Melati, aku cakap dengan Tini yang aku tak puas hiking. Tetiba je datang idea untuk hiking kat Bukit Batu Putih.. ajer kemaruk. hahaha.. then dari Bukit Melati kami teruskan perjalanan ke Port Dickson.
D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon