31 Januari 2018

Hiking @ Denai Puteri 4.0


Assalamualaikum wbt...

Kali keempat aku hiking kat sini.. makin lama makin pewai aku nak sampai puncak. Faktor utama, kenaikan berat badan. hahaha!

Kali ni aku pergi bertiga, dengan Yatz dan Safa... pastu kat puncak terserempak pulak dengan geng2 yang aku kenal masa hiking kat Gunung Yong Belar dulu.. rindu.. hehe













26 Januari 2018

Aktiviti Di Bangi Wonderland


Assalamualaikum wbt...

Korang pernah dengar Bangi Wonderland? Ya.. aku pun baru dengar dan baru tau pasal Bangi Wonderland ni, itupun sebab diorang viralkan pasal promosi siapa yang sambut birthday bulan Januari dan Febuari masuk percuma dengan syarat bawak sekurang2nya sorang untuk masuk ke BW ni.. dan orang yang dibawa tu pulak, akan dapat diskaun untuk tiket masuk tu. Kira berbaloi lah kan?

So macam biasa, kami Geng Outdoor Subang Jaya buat perancangan untuk kesana.. dan tarikh 26/1 menjadi pilihan kami.. masing-masing ambik cuti, sebab taknak terlalu sesak pada hari cuti..

Permainan kat sini memang 100% berkaitan air.. so memang kami tak bawa henpon, serik rasa masa pergi Gold Coast aritu henpon aku masuk air, sampai ke hari ni aku tak sempat nak repair. Mahal. Frust pun ada... So kebanyakan gambar aku guna action kamera aku.. memang video yang banyak...

Meh la tengok...

Ni sebelom henpon simpan dalam locker...
syokkk woooo... main slide pastu kepala yang terjunam dulu kat bawah...



Riang ria kanak-kanak








20 Januari 2018

Hiking @ Bukit Senaling, Negeri Sembilan.

Assalamualaikum wbt...

Bukit Senaling. Lama betul kami rancang nak pergi sini, tapi asyik tak menjadi jer. Macam-macam dugaan. Tapi kali ni, aku dengan Yatz ambik keputusan untuk pilih satu tarikh, dan kami akan pergi siapa yang ada jer. Maksudnya siapa yang ada hal lain, hye hye bye bye la jawabnya... tak boleh nak cukupkan ahli, sebab setiap minggu masing2 ada plan tersendiri.

Sampai hari kejadian, yang confirm nak pegi cuma aku, yatz, ila dan cik nizam. So aku dengan yatz dari Subang gerak dalam kul 5am, dan berhenti untuk ambik Ila kat Gateway Seremban dalam kul 5.30am. Malangnya Ila tak dapat dikesan. Tunggu punya tunggu dia tak sampai, kami ambil keputusan lepas subuh terus gerak ke kaki bukit. Dalam kul 7 baru Ila call, dia minta maaf sebab dia terlajak tidur disebabkan kesan ubat yang dia ambil sebelum tidur sebab dia tak berapa sihat. Takperlah.. nak buat camana.. takder rezeki dia nak join sekali..

Sampai kat kaki Bukit Senaling dalam kul 7.15am.. terlambat skit sebab kami tersesat. Cik Nizam yang dah sampai awal mintak bantuan guider bantu kami cari jalan. Hahaha adoi. So guider tu jemput kami kat Petronas. Alhamdulillah...


Rezeki kami, kali pertama naik Bukit Senaling, terus dapat view awan karpet yang awesome ni.. menurut cakap encik guider, dah 10 hari awan karpet tak keluar, dan hari ni masuk hari kesebelas, baru awan karpet menampakkan diri. Syukur ya Allah. Tak payah nak repeat Bukit Senaling lagi lepas ni... ngeeeee!











tak sempat sampai puncak lagi dah tak sabar nak amik gambar... lawo hoi!




Bukan nak cakap apa la... tapi tetiba je aku rindu kat Senaling ni... macma kena repat gak ni... hahaha

07 Januari 2018

Hiking @ Bukit Dua Ringgit, Rawang

Assalamualaikum wbt

Kali ni aku, Yatz dan As beraksi di Bukit Dua Ringgit, Rawang...   Nak pergi bukit / gunung yang tinggi2, rasa tak mampu pulak... stamina makin teruk.. haishhhh.. dapat pergi bukit2 yang rendah ni pun dah cukup bersyukur, jadilah dari takder...

Awal-awal pendakian, kami harus melalui trek berbatu.. panas hoi...
Tak sampai puncak lagi tapi sibuk nak bergambar...

Bekpes KFC kat puncak...


kabur pulak gambar ni...



Entahlah.. aku pun tak pasti camana bukit ni dapat nama Bukit Dua Ringgit.







Turun bawah jer, terus order cendol. huh! sesia bakar lemak tadi...
hahaha!

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon