08 Januari 2019

Lirik Lagu : Kelmarin ~ Seventeen

Assalamualaikum wbt...

Pasti ramai yang dah tahu pasal tragedi yang menimpa ahli kumpulan Seventeen dari Indonesia baru-baru ini. Sejak peristiwa tu aku mula mencari di youtube lagu2 dari band ni dan aku tersentuh dengan satu lagu yang berjudul 'Kelmarin" yang seakan2 kisah benar yang terjadi pada band ini.

Lirik : Kelmarin ~ Seventeen

Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu
Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu
Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya
Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya
Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya
Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya


Diet

Assalamualaikum wbt...

Baru aku tersedar, berat badan aku dah mendadak2 naik. Apa taknya, tak control makan. Selagi ada orang viralkan apa2 makanan mesti aku nak cari. Penyudahnya sekarang, nak seret kaki sendiri pun tak larat (ok ini tipu).. yang tak tipu, berat aku memang seberat mata yang memandang.

Haishhhh!

Aku tengah kumpul kekuatan untuk berdiet semula. InshaaAllah sehari dua lagi. InshaaAllah. InshaaAllah. Korang doa2 kan la aku supaya lemak2 kat badan aku ni pergi menjauh dari aku. Tak termampu nak menampung beban lebih2 lagi time aku pergi hiking. Muatan lebih. Nak mendaki pun slow. Parah. Hahaha

Oklah. Aku nak cari sumber2 maklumat tentang diet. Sama ada diet suku2 separuh, diet atkins atau intermittent fasting.

Kemungkinan besar aku buat Diet Atkins. Sama macam dulu. Amin.

02 Januari 2019

Kalendar Puasa Sunat Dan Puasa Wajib 2019


Assalamualaikum wbt...

Kalendar Puasa Wajib dan Sunat untuk tahun 2019.

Kalau tidak dapat sedikit insya-Allah banyak lebih baik

Puasa sunat dan wajib tahun 2019 ada 154. Jika dicampur dengan Puasa Syawal  6 hari tidak termasuk dengan puasa-puasa sunat yang lain, kita boleh berpuasa selama 160 hari.

Ini bersamaan dengan 43% setahun.

Kajian barat menunjukkan bahawa puasa seperti umat Islam adalah yang terbaik untuk fizikal, mental dan spiritual. Sehari berpuasa bersamaan dengan 10 hari detox.

Pesan Nabi, selepas berpuasa bulan Ramadhan, ditambah dengan puasa 6 hari di bulan syawal seperti berpuasa setahun.

30 hari ramadhan + 6 hari syawal = 36 hari.
Setahun = 365 hari
365 bahagi 36 hari = 10 hari

Jadi 160 hari berpuasa untuk tahun 2019 bersamaan dengan 1,600 hari detox = 4.3 tahun detox.

Kuncinya puasa beribadah kepada Allah, dan kebaikannya berganda-ganda. Tambahan pula banyak makanan dan minuman tidak sihat yang kita ambil, meningkatkan potensi sakit akut.

Ya Allah
kurniakanlah kami rezeki yang mendekatkan kami kepadaMu
jauhilah kami rezeki yang kami mengkufuri nikmatMu

Ya Allah
Lorongkan kami untuk berubah dan berhijrah kepada yang lebih baik dari sebelumnya

Sesungguhnya Engkau sahaja yang dapat menunaikan hajat kami

Amin YRA



Kredit:
Ihsan Husainy Hasbullah
Ketua Lajnah Belia & Riadah
Masjid Al Husna Bandar Sunway 2017-2018

Via :FB  Jawatan Kosong Sektor Kerajaan



01 Januari 2019

Puding Karamel Tersedap


Assalamualaikum gais.

Aku nak share satu resepi kek karamel yang sangat sedap. Selembut taufufa. Aku dah banyak kali buat dan ianya sangat lazattttt. Sekali makan pasti nak lagi dan lagi...

Resepi puding karamel yang ni memang takder langsung bau hanyir telur. Senang cerita, korang try la buat sendiri baru korang tau camana...

Ni resepinya...

Resepi Puding Karamel Tersedap

Karamel

Masukkan 4-5 sudu gula pasir ke dalam loyang, 
letak atas dapur gas, kacau sehingga gula perang. 
Dah perang ketepikan. 

Puding

3 biji telur
2 butir kuning telur
400ml susu segar
4 sudu gula pasir
Esen Vanilla

Caranya campurkan kesemua bahan tu, Kacau sampai semua sebati.
kacau perlahan-lahan jangan sampai berbuih.
Kalau berbuih, nanti puding kita banyak lubang.
Tak cantik.

Lepas tu tapis.
(Untuk mendapatkan tekstur puding yang lembut dan tak berketul)
Then masukkan ke dalam loyang yang ada karamel tadi,
bakar menggunakan kaedah stim bath dengan suhu 200 selama 40-50 minit.


Ok then. Daaaaaaaa!

Selamat Datang 2019


Assalamualaikum wbt uols...

Pejam celik pejam celik berakhir sudah 2018 dan bermulalah episod tahun baru, 2019.

Azam? Memandangkan setiap tahun azam aku tak pernah tercapai (nak kurus), maka pada tahun ni aku ambil keputusan untuk menukar azam aku daripada nak kurus kepada nak gemuk.

Ya! Azam aku pada 2019 ini adalah NAK GEMUK.

Semoga tahun ni pun azam aku tak tercapai, sepertimana azam2 aku yang sebelum ni... (means aku akan kurus la kan... kan.... kan...)

Tolong laaaa aminkannnn.

Aminnnnn.
(Kalau tak faham pun buat2 faham je la...)
D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon